Pembahagian kerusi dah siap dibuat.
Calon pun dah siap dalam senarai.
Menunggu pengumuman sahaja.
Kerja sekarang fokus ialah untuk mencapai kemenangan di kerusi kita bertanding.
Susun dan bantu capai strategi tepat, gerakerja perlu tersusun.
Jangan banyak nakhoda.
Pengarahan biar satu sahaja.
Masa ni bukan nak cari kelemahan dan kesalahan.
Tapi nak tutup kelemahan dan bina reputasi positif dalam kalangan pengundi.
Bila kita dah buat keputusan, melalui puluhan perbincangan, perundingan, perbahasan maka tawwakallah kepada Allah.
Semoga Allah beri kemenangan kepada PN.
Kepada yang diamanahkan bertanding, teruskan mendekati pengundi.
Jaga kebajikan petugas.
Ada petugas belakang tabir, mereka tidak dikenali dan disanjung, tidak ke hadapan dalam majlis namun terus bekerja mengharapkan kemenangan calon.
Raikan mereka dalam majlis dan doa.
Kepada yang tidak terpilih, terimalah dengan lapang dada kerana Allah angkat taklif dari kita, meringankan hisab di akhirat.
Jangan tukar haluan hidup semata-mata rasa kecewa kerana tidak terpilih.
Mungkin ada tempat yang sesuai yang sedang disusun oleh Allah.
Kekal bersama jamaah, kerana hidup bukan hanya hari ini.
Ambillah dan renungilah sejarah perjuangan parti yang panjang ini.
Jangan kita hitamkan diari hidup semata-mata menurut nafsu kekecewaan, lalu kita rasa pendapat kita lebih hebat dari pandangan jamaah.
Jangan rasa hebat bila boleh melawan perjuangan Islam, dan jangan rasa hebat sekalipun kamu berjaya mengalahkan perjuangan Islam.
Sentiasa berhati-hati dengan tipudaya syaitan, meniup nafsu sombong, kecewa dan rasa hebat.
Kepada Allah kita mohon dipandukan kehidupan, kerana perjalanan hidup perlukan keberkatan dari Allah.
Akhukum fillah,
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man