“Mas, kita ni orang miskin. Orang miskin ni tak banyak pilihan. Apa yang ada, apa yang datang itu yang patut kita terima.”
Tak ada orang miskin yang minta untuk jadi miskin.
Hidup zaman media sosial ni, kita ingat hidup semua orang sempurna sampai lupa Malaysia ni ramai gila orang susah.
Sedih bila KFC buat sale dan ramai yang pergi beratur, ada yang perli kenapa beria pergi beli.
Orang kaya memang tak akan faham orang miskin.
Lagi sedih sebab kita dah kerja macam-macam siang malam, tapi tetap tak cukup nak mewahkan keluarga.
Anak minta beli beg sekolah baru pun terpaksa buat kira-kira.
Nak hantar anak pergi sekolah pun terasa berat, tak sanggup tengok anak malu datang sekolah dengan kereta buruk.
Rakyat tak minta pun rumah besar, kereta mewah, rakyat tak mengharapkan banyak pun.
Rakyat cuma nak ahli politik ingat bahawa rakyat pun nak kereta yang selesa walaupun tak besar.
Rakyat nak rumah yang selesa untuk berteduh.
Rakyat harapkan keperluan yang cukup untuk keluarga.
60 tahun Barisan Nasional gagal selesaikan kebajikan rakyat.
22 bulan Pakatan Harapan memburukkan lagi keadaan.
Remember that time when you donated to tabung Pakatan Harapan?
Katanya kerajaan tak ada duit sampai kena minta duit rakyat.
Lebih RM200 juta dia tapau kononnya nak selesaikan hutang BN.
Tapi rakyat tetap tak dapat apa-apa.
Ajaib bagaimana Perikatan Nasional yang ambil alih waktu krisis boleh ada duit banyak dan bagi macam-macam bantuan dekat rakyat.
PRU-15 ini peluang kita untuk ubah nasib keluarga dan negara.
Selagi BN dan PH yang hidup dengan rasuah berkuasa, kita tak akan pernah dapat hidup selesa.
Perikatan Nasional tekad untuk menawarkan calon yang bersih.
Kita janjikan sebuah kerajaan yang prihatin dan stabil.
Kita sudah buktikan dan kita akan lakukan lagi sekali melalui calon-calon yang akan kita perkenalkan malam ini.
PN BEST!
Undilah PERIKATAN NASIONAL: Prihatin, Bersih dan Stabil
Kredit gambar : Artortoise