Senyuman tidak pernah lekang daripada bibir beliau.
Seorang bekas pensyarah UITM yang amat disayangi murid beliau.
Itulah beliau Ustaz Tuan Ibrahim, seorang yang penuh sifat kebapaan.
Sewaktu beliau diamanahkan memegang jawatan Menteri Air dan Alam Sekitar timbul cakap-cakap puak manifesto bukan kitab suci.
Kata mereka, “lebai mampu ke mentadbir?” , “lebai paham tak cabaran climate change?” dan pelbagai perkataan jelik sama waktu dengannya.
2 tahun lebih kemudian, semua tidak sangka.
Seorang yang dilabel lebai rupanya lagi elok mentadbir daripada so called profesional yang sebenarnya isu pencemaran Sungai di selatan tanah air pun tak mampu diselesaikan.
Alam sekitar dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Memahami hakikat inilah, Ustaz Tuan Ibrahim dan pasukan KASA amat komited dalam mengekang gejala pencemaran alam.
Bukan sekadar sembang sepertimana manifesto bukan kitab suci, komitmen ini dizahirkan menerusi pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana mewujudkan DENDA MAKSIMUM 10 JUTA dan PENJARA MANDATORI 5 TAHUN bagi kesalah berkaitan pencemaran alam.
Peruntukan undang-undang ini disinergikan dengan efisien bersama inisiatif Rakan Alam Sekitar 2.0, penubuhan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar dan program Denai Sungai Kebangsaan.
Perasan tak yang netizen selalu tag YB TITM di media sosial untuk sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar?
Pasukan ini dan Jabatan Alam Sekitar lah yang menjadi kuncinya!
Bukan sekadar denda-denda atau hukuman, KASA juga melakukan beberapa inovasi dan penambahbaikan baharu di bawah pengurusan Ustaz TITM.
Antaranya, menerusi pengenalan indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia, Reformasi Badan Penguatkuasa JAS dan penubuhan Yayasan Kelestarian Malaysia serta inisiatif Memperkasa Ekonomi Kitaran menerusi inisiatif E-waste dan dasar Sifar Plastik Sekali Guna 2030.
Siapa kata lebai tak mampu mengurus?
Ingat urus Kementerian boleh goyang kaki macam lepak kedai mamak?
Yang paling menarik, lebai TITM juga cakna PERUBAHAN IKLIM!
Banyak usaha dan inisiatif konkrit digerakkan seperti Aspirasi Pelepasan Sifar Karbon 2050 dan Pengurangan GHG sehingga 45% 2030.
Lagi menarik inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun dan mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu!. Best giler!!
Siapa kata lebai tak boleh urus alam sekitar?
Ini baru sebahagian yang dapat kita kongsikan.
Tapi cukuplah itu buat sementara ini.
Tuan Ibrahim Tuan Man membuktikan meskipun kita mungkin tiada latar belakang formal berkenaan sesuatu bidang, tapi andai kena cara dan ikhlas kerja buatnya, insya-Allah amanah mampu terlaksana dengan baik.
Haaa sebab tu ada yang goyang dengan TITM, sampai sanggup buat drama nak kaitkan menteri PAS dengan kerja orang lain.
Suruh SPRM takut, tunggu jadi kerajaan katanya.
So anak muda?
Dah pandai bezakan siapa kaca dan siapa permata?
Jadi undilah yang BEST!
Perikatan Nasional yang Bersih dan Stabil!
