Apabila menyebut tentang slogan di atas, sudah pasti kita akan teringat kepada satu sosok tubuh yang amat kita rindui, TG Dato’ Ustaz Haji Fadzil bin Mohd Noor, mantan Presiden PAS ke-6.
PAS sejak dahulu lagi menyatukan golongan ulama dan profesional.
Gagasan inilah yang telah menjadikan gabungan ini lebih kukuh ke hadapan dalam menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang amat disenangi rakyat.
PAS membuktikan ramainya profesional dalam PAS dengan tertubuhnya JPro iaitu Jabatan Profesional Muda yang terdiri daripada pelbagai kluster seperti berikut,
1. Kluster Undang-Undang
2. Kluster Teknologi Maklumat
3. Kluster Sains dan Teknologi
4. Kluster Pengajian Islam
5. Kluster Pendidikan
6. Kluster Komunikasi dan Multimedia
7. Kluster Ekonomi Kewangan.
8. Kluster Kesihatan
9. Kluster Sains Sosial
10. Kluster Alam Bina
11. Kluster Kejuruteraan
Dengan adanya profesional dalam PAS seluruh Malaysia, ia merupakan ‘signal’ yang cukup jelas bahawa PAS cukup berkelayakan untuk menjadi kerajaan yang bersih dan stabil.
Menjadikan negara kita maju dalam pelbagai sektor, menarik pelaburan dalam dan luar negara seterusnya menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia yang baru.
Lihatlah nama-nama profesional di bawah,
1. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
2. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin
3. Ir. Ts. Hadi Amat
4. Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi
5. Datuk Dr. Ustaz Nik Muhammad Zawawi Bin Salleh
6. Dato’ Dr. Haji Alias Bin Razak
7. Muhtar Suhaili
8. Mohd. Syahir Che Sulaiman
9. Dr. Rosni Binti Adam
10. Dr. Najihatussaleh Binti Ahmad
11. Dr. Halimah Binti Ali
Jika jumlah calon profesional yang dihantar dalam PRU-15 sudah ramai.
Bayangkan berapa ramai profesional yang berada dalam PAS itu sendiri.
Yang bakal bergabung bersama-sama menjadikan semua manifesto sebagai realiti.
Jika golongan profesional memastikan urus tadbir dilaksanakan dengan cemerlang, maka golongan ulama tugasnya memastikan segala urusan pentadbiran dilaksanakan dalam keadaan patuh syariah.
Inilah gabungan yang mantap dalam memandu negara ke arah ‘Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghabur’ iaitu Negara Sejahtera dengan Tuhan Yang Maha Pengampun jika bersyukur dengan rezeki yang dikurniakanNya.
Tunggu apa lagi!
Undilah PERIKATAN NASIONAL: Prihatin, Bersih dan Stabil.
