Bila terbaca artikel di Free Malaysia Today hari ini yg memetik hasil kajian terbaru Merdeka Center berkenaan pola kecenderungan pengundi terkini khususnya di kalangan kaum Melayu, maka fahamlah kita kenapa sejak beberapa hari ini kedua-dua orang kuat PH DS Anwar dan Rafizi menyerang habis-habisan PN khususnya PAS.
Rupa-rupanya, di luar jangkaan semua orang, dalam senyap-senyap dalam persaingan merebut undi orang Melayu menjelang PRU ini, PN khususnya PAS sedang meluru jauh ke depan.
Jika trend ini berterusan, dijangkakan PAS akan memintas UMNO menjadi suara majoriti pengundi Melayu.
PAS diramalkan akan menang besar ke atas UMNO di kawasan-kawasan yang ada 70%-80% pengundi Melayu.
Sentimen pengundi-pengundi Melayu di media sosial menunjukkan majoriti menjurus ke arah PAS/PN berbanding UMNO.
Dijangkakan PAS akan mengganti dan mengambil alih tempat UMNO sebagai wakil majoriti pengundi Melayu.
Keadaan ini akan menjadi masalah besar kepada UMNO/BN.
Hasil kajian ke atas sentimen pengundi-pengundi juga menjurus ke arah persepsi bahawa PN adalah sebuah parti yang bersih dan tidak rasuah, dan kerana itu menjadi alternatif kepada BN untuk orang Melayu.
Kajian Merdeka Center juga menunjukkan persepsi di kalangan pengundi Melayu bahawa Muhyiddin Yassin sebagai mangsa, dipecat dari UMNO dan jawatan TPM kerana berani berkata benar melawan Dato Najib dalam kes 1MDB.
Kerana itu Muhyiddin Yassin dianggap pemimpin yang bersih dan berwibawa.
Semuanya ini, dari segi undi PRU, bakal membawa pulangan yang positif untuk PN.
Ulasan saya:
Sebelum ini saya beranggapan tindakan PAS untuk bersama BERSATU dalam PN adalah tindakan bunuh diri sebab dirasakan berbanding UMNO, bersatu kurang sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu, tetapi kajian ini menunjukkan sebaliknya.
PAS kini boleh mendabik dada bakal mengambil alih tempat UMNO sebagai wakil suara majoriti orang Melayu.
Dalam politik macam-macam boleh jadi.
Tahniah PAS dan PN!
Gabungan lain kena mula susun balik game plan.
Ada beberapa hari lagi ja nak PRU.
Good Luck semua.
