Habis laa Kelantan…
Ini PH DS Anwar jelajah Kelantan.
Bukan PH Tun Mahathir jelajah Kelantan.
Saya tak pandang pada retorik atau realistik ucapan DS Anwar (banyak yang populis dan tiada fakta jelas).
Saya melihat kepada crowd kebangkitan rakyat Kelantan menyokong PH.
Kalau duk kaunter cara lama, dua tiga parlimen boleh dapat kepada PH.
Kalau duk kaunter cara lama duk main Anwar ejen Yahudi, ejen Freemason, ejen Komunis DAP bagai, PAS akan kalah banyak.
Dalam ucapan DS Anwar pasal harga barang naik, isu air Kelantan, isu urustadbir dan sebagainya – semua tu hanya ucapan populis yang menyedapkan telinga pendengar – yang PAS boleh kaunter balas dengan fakta dan data.
Tapi PAS dan Harakah tak mau ketengahkan hujah fakta dan data yang ada.
Masih duk fokus serang guna peluru lama.
Isu Air contohnya, sangat jelas selama 30 tahun Kelantan dinafikan sebarang peruntukan untuk membina empangan dan loji air.
Sedangkan negeri-negeri lain dapat peruntukan berbilion-bilion dalam RMK9, RMK10 dan RMK11.
Kelantan tidak dapat 1 bilion pun.
Kalau Harakah dan penceramah jelaskan isu ini sahaja pun dah boleh kaunter.
Buat infografik, video bagai semua.
Tak payah nak jaga hati UMNO sangat dah bab nak cerita punca sebenar.
Ini tidak, masih nak main isu komunis.
Sekarang Kelantan sudah dapat peruntukan RM1.9 bilion untuk pembinaan beberapa empangan.
Projek sedang berjalan.
Kenapa kali ini dapat peruntukan?
Sebab Menteri KASA adalah daripada PAS.
Peruntukan untuk tukar sistem perpaipan seluruh Kelantan (RM29 bilion lebih kurang) masih belum dapat (sebab parlimen bubar).
Jadi, untuk selesaikan masalah Air di Kelantan, bukan tukar kerajaan negeri.
Tapi kena bagi Menteri PAS yang jadi Menteri KASA.
Kalau pusat dapat kepada BN balik, RM1.9 bilion mungkin tak dapat.
Lagi RM29 bilion tu, sek demo jenuh maki BN lah.
Kalau PH dapat pusat, sedangkan Kerajaan Negeri masih PAS pegang… adakah RM29 bilion untuk sistem paip Kelantan akan disalurkan?
PRN Kelantan lambat lagi syeikh.
Jun Tahun depan.
Sure peruntukan tu ditahan dulu… dot dot dot.
Waktu berkempen masih ada seminggu lagi.
Berceramahlah guna fakta dan data yang jelas untuk fight mereka.
Jangan bagi nampak sangat pemimpin PAS macam tak ada idea.
Asyik duk ulang benda yang rakyat nampak retorik.
Tahu laa DAP, komunis, Freemason, LGBT tu semua bahaya.
Tapi rakyat yang sesak “poket dan periuk” akan lebih terpersona dengan tawaran “wang dan makanan”.
Sekian
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
