Sambutan yang cukup luar biasa di Kampung Tiong malam ini.
Hampir 700 orang kaum Tiong Hua turun untuk mendengar penerangan isu-isu semasa.
Gelombang sokongan kepada Perikatan Nasional dan PAS cukup jelas dapat dilihat oleh kaum bukan Islam.
Mereka benar-benar inginkan perubahan berlaku di negara kita.
Sokongan yang jitu ini juga didorong dari kerjasama dan bantuan yang telah saya salurkan sebelum ini sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu kepada kaum Tioung Hua di sini.
Begitu juga kecaknaan yang dizahirkan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini melalui pelbagai inisiatif dan bantuan kebajikan semasa dan pasca COVID-19.
InsyaAllah, kita semua mampu melakukan perubahan yang terbaik buat negara dengan mengundi PAS dan Perikatan Nasional nanti.











