Inilah gabungan yang boleh bawa kestabilan kepada politik Malaysia Insya Allahโฆ..
(Ulasan paling tuntas jumpa kat Whatsapp)
โโโโโโ
*Ulasan bebas tanpa ini niat tanpa memadankan muka selagi kita sendiri belum tubuh kerajaan*
*Ini tsunami undi18 dan Melayu*.
Yang spoiler dalam PRU ke 15 ini adalah BN dan bukannya PN.
Semua ramalan agensi dalam dan luar negara ke laut.
Memang memeranjatkan penangan undi18 dan tsunami Melayu ini.
Melayu menolak PH kerana ada DAP manakala mereka menolak BN kerana isu rasuah. Oleh itu mereka memilih PN sebagai pilihan ketiga yang dilihat bersih.
Penolakan terhadap BN adalah bermakna rakyat tidak memilih parti yang dikaitkan dengan rasuah. Kempen undi BN = Undi Zahid berjaya.
PH mengekalkan undi bukan Melayunya tetapi kehilangan undi melayu.
The biggest loser no 1 = UMNO-BN. Cuma menang 26 dari 120. Kekalahan paling teruk dalam sejarah. Zahid wajar mengambil tindakan terhormat dengan mengundur diri pada esok hari. MIC menang 1, MCA cuma menang 2.
The biggest loser no 2 = PKR. Cuma menang 31 kerusi dari 102.
Malah, dalam Pakatan Harapan yang memenangi 82 kerusi, DAP merupakan blok terbesar dengan 40 kerusi, PKR jatuh no 2.
The biggest winner no 1 : *PAS*. PAS muncul blok terbesar dalam dewan rakyat dengan 49 kerusi.
The biggest winner no 2 : GPS menang 22 kerusi.
The biggest winner no 3: Bersatu, menang 28 kerusi.
Kedua-dua gabungan nampaknya PAS dan Bersatu berjaya memberi pukulan hebat kepada BN dan PH. Banyak kerusi berjaya dirampas.
*Siapa bentuk kerajaan?*
Ramalan Rafizi yang mengatakan mereka ada lebih 90 kerusi juga kelaut. Semalam pula Anwar memberi bayangan mereka beroleh 112 kerusi juga ke laut. PH pada akhir kiraan, mendapat 82 kerusi. Lebih buruk dari prestasi PRU14 dan PRU13. Gagal membentuk kerajaan.
Anwar pula, dengan segala macam kempen, poster gergasi bersaiz Godzilla, hanya menang 3k undi majoriti berbanding Peja. Jika ditambah undi Peja dan BN, Anwar dikira menang tidak bergaya berbanding Muhyiddin yang menang lebih 10k majoriti, manakala Hadi Awang lebih 40k.
Anwar nampaknya akan kekal PM tepi ke 10 kerana hampir mustahil PH membuat gabungan dengan parti lain.
GPS/GRS memang menolak PH kerana DAP.
Jika pun Anwar nak bergabung dengan BN, bagaimana?
82 + 30 = 112. Cukup majoriti. tapi sangat tipis, apatah lagi tadi Hishamudin keluarkan kenyataan awal membantah kerjasama dengan PH. Ini menjadikan PH + BN(minus Hisham) = 111. Lebih 1 kerusi sahaja untuk tubuh kerajaan. Tipis dan tak stabil.
*Jadi PH + BN boleh bye bye*
BN tiada pilihan lain selain terpaksa cium tangan Abah Muhyidddin.
*Gabungan jangkaan yang diharap* PN+BN+GPS+GRS akan membentuk kerajaan yang paling stabil berjumlah 131. Ini akan jadi PN lead government. Dalam mikro lebih kecil, PAS lead government. Kita akan melihat PAS memegang lebih banyak portolio kementerian.
Kekalahan paling epik dalam sejarah Malaysia moden adalah Mahathir hilang deposit di langkawi. Pengakhiran yang memalukan untuk beliau. Anaknya, Mukhriz juga turut hilang deposit. *tanpa niat memadan muka*
Kekalahan epik No 2 adalah bekas buah hati *ahli group* kita adinda Nurul Izzah! Sangat memeranjatkan.
Kekalahan epik no 3 adalah Azmin dan geng yang dikatakan pengkhianat. Azmin kalah di tangan anak muridnya sendiri Amiruddin! Besar pula tu majoritinya. *Penat beratoq panjang support awak min* Anwar membayar harga yang mahal untuk mengalahkan Azmin apabila anaknya pula kalah di permatang pauh.
Berikut antara nama2 besar yang kalah:
1. Tun Mahathir
2. Tengku Razaleigh
3. Khairy Jamaludin
4. Nurul Izzah
5. Faizal Azumu
6. Maszlee Malik
7. Tengku Zafrul
8. Zuraida Kamarudin
9. Shahril Hamdan
10. Mukhriz Mahathir
11. Rina Harun
12. Khalid Samad
13. Liow Tiong Lai
14. Tengku Adnan
15. Mujahid Rawa
16. Azeez Rahim
17. Isham Jalil
18.Raeza Naina Merican
19. Shamsul Iskandar
20. Saifuddin Nasution
21. Fuziah Salleh
22. Asyraf Wajdi Dusuki
23. Azmin Ali.
Anwar dalam jam 3 pagi tadi berkata beliau sudah ada cukup majoriti, tetapi bila ditanya wartawan parti mana yang bergabung tu, dia tak dapat jawab. Nampak dia bersuara tinggi. Body language tak selesa. Muka merah padam. Gaya orang kalah.
Sebelum itu, Muhyiddin pula berkata beliau ada cukup majoriti. Dia cakap lebih tenang, ditemani TG Hadi Awang di sebelah.
Akademi Syabab