Raut wajah Anwar kusam dan serabut apabila ditanya wartawan gabungan parti manakah yang Anwar dakwa ada majoriti itu.
Suaranya juga agak tinggi, dengan membulatkan mata, sedikit menjegil kepada wartawan sewaktu menjawab.
Penyokongnyapun bersuara sengau-sengau basah menyambut pengumumannya, mahu percaya atau tidak.
Penat, mungkin.
Berbeza wajah dan reaksi Anwar sewaktu kempen terakhir, dimana dia dengan berani dan yakinnya mengumumkan Ketua Polis Negara telah menghubunginya untuk bersiap sedia mengangkat sumpah sebagai PM kerana laporan SB akui Anwar akan menang, ceria, gembira dan disambut laungan, sorakan kejayaan oleh penyokongnya.
Serak-serak basah, persis penyanyi rock kapak dahulu.
Sampai ke akhir kempen, dia selamba menipu pendokongnya.
Penyokongnya pula, OK jer menadah mulut, menunggu pancutan kencing Anwar yang entah kali ke berapa mereka sedut, telan dan hadam.
Arrhh, ketagihan kencing, memang melupakan segalanya. Ia satu nikmat….
Anwar tidak pernah rasa kecewa dengan kekalahan kerana dia tahu, dia akan kalah.
Sesama politikus, semua sudah mengetahui siapa beliau.
Tetapi yang merasa teramat kecewa ialah penyokongnya yang begitu mengharapkan Anwar akan diangkat menjadi PM.
Mereka tidak mahu lagi Anwar disindir sebagaimana dahulu, PM Tepi.
Mereka malu, tidak rela ketuanya diperli sebgitu.
Oleh itu, mereka terus mencuba lagi dan lagi.
Anwar pula, jika melihat sokongan peminatnya semakin melemah, dia akan menyuntik kembali semangat dengan menceritakan lagi pembohongan atau mereka sudah dekat benar dengan garisan penamat, iaitu pintu masuk Putrajaya.
Maka bangunlah pentaksubnya, memukul pungung rakan masing-masing, mengajak meneruskan perjalanan, laksana pengembala merotan punggung ternakan mereka, menuju ke satu arah.
Masih menaruh harapan, walau sudah ditipu berulang-ulang kali semenjak 1998 lagi.
Harapan mereka sungguh tinggi.
Katalah apa sahaja, mereka sanggup bekorban untuk Anwar, walaupun pernah satu ketika DAP juga sudah bosan dengan Anwar berkaitan tindakannya.
Malah, berapa ramai sudah pimpinan PKR yang telah berpatah arang dengan Anwar.
Begitulah….teringat aku kepada satu ungkapan tokoh komunis bahawa agama itu candu masyarakat, ditujukan kepada agamawan yang berusaha membentuk rakyat kepada lebih baik.
Kini ungkapan itu, mungkin sesuai ditujukan kepada pengikut Anwar.
Kencing Anwar candu penyokong PH.
Nikmatilah candu itu, khayallah kamu di dalam percikannya.
I have numbers….
Mohd Nasir Abdullah