Walaun. Haha. Ya la. Ramai orang Cina pun berpendapat sebegitu kerana saya berani menyuarakan sokongan saya terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Tapi kan, saya pun tak berapa selesa dengan PAS juga dengan banyak polisi mereka.
Situasi sekarang sebenarnya bermula kerana DAP membuka kotak Pandora dengan mempelawa PAS untuk menubuhkan kerajaan negeri bersama-sama tahun 2008.
MCA masa tu mengatakan sekiranya rakyat menyokong DAP, mereka akan menyokong PAS juga.
Pengundi dan penyokong tegar Pakatan semua tak dengar amaran tu sebab dah benci BN sangat.
Jadi PAS pun berkhidmat bersama DAP/PKR dan diberi Exco mengurus portfolio Islam.
Kesemua masjid di negeri seterusnya dipengaruhi PAS secara langsung.
Lepas tu, PKR nak main kotor, nak tendang keluar Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.
PAS dan Umno yang bekerjasama untuk menghalang taktik kotor itu seketika.
Tapi akhirnya ada juga ADUN PAS yang berjiwa PAN tikam belakang.
Begitu banyak kali kita akan melihat situasi di mana Pakatan akan menyebabkan Umno yang semakin lemah untuk bekerjasama dengan PAS yang bertambah kuat.
Bantahan terhadap ICERD adalah salah satu contoh.
Muhyiddin jadi PM kali pertama dengan kerjasama Umno/PAS adalah kerana undi Melayu pecah dan kuasa dibahagikan dan sekiranya Melayu mahu terus berkuasa, terpaksa ada kerjasama dengan PAS.
Akhirnya, apa jadi?
Fast forward 2022, Nurul Izzah kalah kepada calon PAS di Pulau Pinang.
Penang wei.
Negeri yang dikuasai oleh DAP di mana BN tidak boleh membuat angkat muka tetapi PAS boleh.
Di Negeri Selangor, BN tewas semua sebab pengundi PAS beri undi beberapa ribu kepada calon PN di banyak kawasan.
Di Perlis, PN tahpau semua. BN dikuburkan kao kao.
Semua rakan Pakatan membuka kotak Pandora dan memberikan kita PAS di pentas nasional di mana sebelum ini mereka terperangkap di Kelantan/Terengganu sahaja.
Selepas anda menghadiahkan PAS kepada seluruh negara, adakah anda mahu mendorong mereka kembali ke negeri pantai timur?
Tolong la. Anda hanya mahukan PAS apabila anda fikir anda boleh mengawal mereka tetapi sebaliknya andalah yang menyesai kemudian dan memaksa setiap daripada anda bergaduh dan membenci antara satu sama lain.
Takpe la. Saya walaun la. Apa nak buat.
Mak Khuin Weng – マク