Politik Detrimental Zahid Hamidi

Politik Detrimental Zahid Hamidi

Zahid Hamidi telah menyusahkan YDPA dan seluruh rakyat Malaysia.

Zahid Hamidi menjadi pemicu ketidakstabilan politik pada era Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya kerana TSMY tidak ingin entertain kes mahkamah beliau.

Ekoran itu, kita menyaksikan permainan tarik tali dan jual beli SD sehingga menyaksikan peralihan daripada TSMY kepada DS Ismail Sabri.

Kemudian, apabila DSIS menjadi Perdana Menteri, ternyata kes mahkamah Zahid Hamidi masih tidak boleh diganggu kerana UMNO tidak berkuasa penuh.

Akhirnya Zahid Hamidi memicu sekali lagi desakan pembubaran parlimen.

Tetapi tidak selaju itu. Sebelum bubar parlimen perlu diuji dahulu jentera dan strategi boleh guna sewaktu pilihan raya.

Maka digerakkan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor semata-mata perkara ini.

RM 45 juta wang rakyat digunakan untuk PRN Melaka manakala 96 juta dibelanjakan untuk PRN Johor.

Zahid gembira kerana strategi mengepung pengundi akar umbi UMNO serta merendahkan peratusan undi perantau yang lebih bersifat atas pagar berjaya dibuktikan.

UMNO BN menang selesa di Johor dan Melaka.

Akhirnya Zahid Hamidi mendapat momentum yang kuat.

Seawal memenangi Melaka, laungan bubar parlimen mula kedengaran.

Zahid Hamidi masih mendesak Ismail Sabri campur tangan kes mahkamah dah bubar parlimen.

Namun Ismail Sabri lengah-lengahkan.

Hal ini membuatkan Zahid Hamidi marah.

Ismail Sabri dilayan hina tidak ubah seperti budak suruhan.

Dalam majlis rasmi UMNO, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri direndahkan, di’boo’ bahkan diejek di khayalak ramai.

Setelah ditekan berbulan lamanya, Ismail Sabri terpaksa jua memaklumkan pembubaran Parlimen kepada Agong, meskipun Agong dalam keadaan tidak selesa dan tidak bersedia.

Pedulikan banjir dan ketidaktentuan ekonomi sekarang.

Masa mengejar Zahid. Zahid yakin kalau PRU sekarang, BN akan jadi kerajaan.

Kalau kalah pun, Zahid ada jajaran baru untuk digunakan.

Audio cikgu anak murid menjadi bukti kewujudan pelan kecemasan ini.

Akhirnya terbukti sudah, Zahid memang ada pelan backup.

Sejurus keputusan PRU keluar. Anak murid dan cikgu bertemu cuba mempertaut ukhuwah.

Meskipun ada ahli parlimen Barisan Nasional menolak kerjasama dengan DAP-PH, Zahid tidak peduli, sudah ada perjanjian ditandatangani, beliau ialah Presiden UMNO.

Kerajaan yang sepatutnya boleh dibentuk pada Ahad 20 November sampai sekarang tidak terbentuk, kerana Zahid Hamidi ingin bersatu dengan Pak Syeikh sang guru kesayangan.

Pedulikan sahaja panggilan Agong kepada 30 ahli parlimen BN, Zahid berkuasa mengawal mereka.

Siap boleh minta tangguh nak jumpa YDPA.

Perikatan Nasional yang asalnya mempunyai SD mencukupi melebihi 112 akhirnya terbatal.

Rupa-rupanya Zahid Hamidi menggunakan kuasa kuku besi sebagai Presiden UMNO menulis sebuah surat mengatakan kesemua ahli parlimen BN telah menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Akhirnya rakyat menjadi mangsa.

SD Perikatan Nasional tidak lagi valid.

Rakyat perlu menunggu lagi dengan penuh resah.

YDPA pula terpaksa bersidang bersama Majlis Raja-Raja.

Politik Zahid Hamidi telah menyusahkan rakyat Malaysia. Jangan dinafikan.

Orang berfikiran waras semua telah nampak jelas, gabungan mana yang patut bergabung dan kenapa Zahid Hamidi bersungguh-sungguh tidak ingin bergabung.

Oleh : Uthman Che Aziz

Kolumnis