ISU: Hah, PAS kata dulu dia akan jadi King Maker, sekarang ni siapa yang jadi King Maker? BN kan? Tengok betapa pentingnya BN sekarang
PENERANGAN: Memang PAS kata jadi King Maker, tapi tak pernah kata pulak yang lain tak boleh jadi King Maker. Jadilah nak jadipun, apa pulak tak bolehnya. Tapi jadilah King Maker yang ada tujuan yang baik
ISU: Sekarang semua orang mengharapkan jawapan dari BN. Kita sebagai penentu samada kerajaan boleh tubuh atau tidak. Jadi, walaupun kalah, tetapi benefit, tetap akan BN perolehi, paling untung. Tak macam PAS, tak fikir semua ni masa jadi King Maker
PENERANGAN: Bila PAS jadi King Maker, PAS bagi jawapan SEGERA kepada Bersatu untuk tubuh kerajaan. Solid jawapan semua MP PAS sokong Abah, tak ada yang berpusing-pusing macam gasing, senang diurus kerana taat pada pimpinan dan yakin Presiden PAS mahu bawa negara kepada pentadbiran lebih baik. Tak fikirpun keuntungan parti, tapi fikir kebaikan untuk agama dan rakyat. Jawatan Menteri Kanan ke kiri ke atas bawah, langsung PAS tak bangkitkan. Ini akan menyusahkan semua pihak
ISU: Presiden PAS menipu, kata dah cukup bilangan, last-last ada yang tarik diri tak sokong.
PENERANGAN: Tarik diri bermakna, sudah sokong kemudian berubah hati. Maksudnya dia sudah setuju. Sudah dibawa senarai nama ke istana, hanya YDPA mahu dengar sendiri dari MP BN. PN sebut dan PN bawa sungguh senarai nama. Tidak sama dengan pihak yang sebut ada bilangan, tapi tak ada pula YDPA terima
ISU: PN lambat ajak BN jumpa untuk tubuh negeri kat Perak, sebab tu kami terima PH. MB pun PH bagi kat BN
PENERANGAN: Habis yang janji NO DAP, NO Anwar dulu? Bukan itu keputusan dalam PAU ke? Habis, rakyat yang sokong BN, memang dapat pakej PH sekali ke?
ISU: Eleh, PAS, habis tu kat Pahang, BN setuju dengan PN, tak kutuk pulak, kalau kena selera dia semua OK, dasar gila kuasa
PENERANGAN: Bukan ke dulu PAS kena kutuk sebab dikata main banyak ‘kolam’? Padahal, BN memang dari dulu begini kan? Penggal lepas, di Pusat, Perak, Kedah, semua Kerajaan yang BN ada, Bersatupun ada, konon Bersatu pengkhianat. Cuma bezanya, kolam BN penggal ini lebih kotor, campur dengan musuh yang dalam PAU mereka sendiri sebut, tidak akan bekerjasama dengan PH. Istilah gila kuasa bukan sesuatu yang memalukan sebab memang bertanding PRU salah satu sebab utamanya untuk menangpun, untuk dapat kuasa memerintah
ISU: PAS mainkan isu perkauman, isu agama, isu LGBT, isu ketuanan Melayu, menakut-nakutkan pengundi dengan isu komunis, ia fitnah yang jahat. Sedangkan PH tidak sebagaimana yang dituduh.
PENERANGAN: Kalau tidak betul, sila saman, sebagaimana Anwar menyaman PJ PAS Perak dan Razman tidak menarikpun tuduhannya itu. Saman PAS sebagaimana PAS menyaman Rafizi kerana fitnah kelulusan projek selepas Parlimen dibubarkan. Oh lupa, Superman DAP tu, sebab apa kena tahan? Kenapa pula Presiden PAS tidak dikenakan apa-apa tindakan dengan kenyataan beliau kepada DAP? Siapa yang rasis?
ISU: PAS tidak menumpukan isu-isu berkenaan masalah ekonomi, perumahan, pendidikan dan semua yang berkait dengan kesussahan hidup rakyat, menunjukkan PAS tidak tahu mentadbir dan mengurus negara dengan betul
PENERANGAN: Rekod pentadbiran PAS menafikan semua itu. PAS ada ribuan ahli dari kalangan agamawan, profesional, saintis, ahli ekonomi, pendidik, pentadbir dan ramai lagi yang pakar dalam bahagian mereka. Hasilnya boleh dilihat kepada kejayaan pentadbiran di tiga buah negeri dan juga sumbangan kepada Kerajaan Pusat.
Bermakna PAS, jika diberikan peluang dan wang secukupnya untuk mentadbir negeri-negeri lain, PAS akan berjaya melakukannya insyaallah. Di atas semua rekod di tiga buah negeri, PAS juga mempunyai rekod bersih dari salah laku. Jadi, kempen PH dan BN konon untuk memakmurkan negara dengan slogan mereka, hanyalah menjadi kempen percuma kepada PAS, kerana rakyat tahu rekod PAS dan rekod mereka.
ISU: PAS akan menjadikan Malaysia negara Taliban jika memerintah nanti. Jadi kita mesti halang PAS.
PENERANGAN: Ini bukan tuduhan rasis ke? Ada bukti? Sudah berapa orang kena sembelih oleh PAS? Buka dan dengar sendiri komen tentang negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah oleh rakyat bukan Islam di sana dalam youtube dan media lain. Mereka jelas gembira dan tidak merasa tertekan dengan PAS. Malah Pastor Kristian di sana juga menafikan semua itu.
Yang kita tahu dahulu memang ada doa-doa khusus oleh gereja-gereja di luar negara yang mendoakan untuk kemenangan PH di Malaysia. Kemudian, DAP masih belum menjawab tuduhan yang mereka menerima dana dari Israel. Kenapa susah sangat mahu menafikannya?
ISU: PAS menakut-nakutkan pengundi kali pertama dengan cerita dosa pahala, ketuhanan yang mana tidak perlu mendera pemikiran anak-anak muda sebegitu.
PENERANGAN: PAS pada mulanya bimbang dengan pengaruh media sosial terhadap pemikiran anak-anak muda yang pertama kali mengundi. Namun jangkaan PAS meleset. Rupanya majoriti mereka telah mempunyai pendirian yang tegas untuk menolak golongan yang tidak mempercayai Allah, bukan Islam yang cuba mengambilalih negara.
Dan golongan muda ini mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap agama. Mereka membaca kejahatan PH semenjak dahulu. Jika tidak ia tidak akan berlaku tsunami undi mereka yang menyokong PN. Tidak perlu mengugut mereka, tetapi kesedaran mereka memang sudah amat tinggi. Sebab itu juga mereka tidak menyertai Twitter kerana di Twitter ia seperti dimiliki oleh golongan tidak percayakan Allah. Bukan sembarangan yang buat lawak agama tu, calon PH yang Melayu Islam.
Mohd Nasir Abdullah