Kronologi Serahan SD Ke Istana Negara

Kronologi Serahan SD Ke Istana Negara

Pada 20 Nov 2022, Speaker Dewan Rakyat tulis surat kepada ketua-ketua parti jemput mereka untuk kemukakan cadangan kerajaan gabungan dan nama PM 10.

Deadline ditetapkan pada pukul 2ptg 21 Nov 2022.

Yang Ketua-ketua Parti perlu hantar ke Istana Negara ialah surat yang menyatakan:

i – Persetujuan untuk membentuk gabungan dengan menamakan ahli-ahli Parlimen daripada parti-parti tersebut.

ii – Nama calon Perdana Menteri.

Surat Speaker Dewan Rakyat ini dikeluarkan pada jam 2 ptg 20 Nov 2022.

Pada jam 6 ptg hari yang sama, satu surat baru dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat meminta supaya semua Ahli Parlimen yang berkenaan mesti menandatangani SD menyatakan sokongan kepada PM-10.

PN telah menghantar surat daripada Ketua-ketua Parti PAS, GPS, GRS dan KDM beserta 114 SD (termasuk SD daripada 10 MP BN dan 2 bebas) ke Istana Negara pada jam 1.20 ptg 21 Nov 2022.

Setiausaha Sulit Kanan Kepada YDPA telah menghantar surat akuan penerimaan SD tersebut kepada Setiausaha Agung Perikatan Nasional pada hari yg sama.

Pada masa itu, TSMY telah mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mencukupi untuk beliau dilantik sebagai PM di bawah Perkara 43 Persekutuan.

Namun, pada jam 1.30 ptg hari yang sama Istana Negara mengumumkan pelanjutan tempoh untuk Ketua-ketua Parti mengemukakan SD sehingga jam 2ptg esoknya.

Tambahan masa diberikan setelah Zahid Hamidi mohon pelanjutan.

Sebelum itu, Anwar jumpa Zahid di tempat MP BN berkumpul di Hotel Seri Pacific.

Pada petang 21 Nov, Zahid Hamidi telah memperolehi nama-nama MP BN yang sokong TSMY sebagai PM.

Mereka ini telah dipaksa supaya tarik balik sokongan kepada TSMY.

Pada jam 10.30pg keesokannya (22 Nov 2022), PN menghantar satu lagi SD MP yang menyokong TSMY sebagai PM ke Istana Negara menjadikan jumlah keseluruhan 115 SD.

Lebih kurang jam 3ptg 22 Nov, TSMY dihubungi pegawai Istana dan dititah mengadap oleh YDPA pada jam 4.15ptg.

Ketika sesi mengadap TSMY dimaklumkan beliau tiada sokongan majoriti.

Dimaklumkan juga Anwar ada 86 SD yang sokong dia jadi PM dan ada surat Zahid yang menyatakan 30 MP BN sokong Anwar jadi PM menjadikan jumlah sokongan 116.

TSMY tanya adakah 30 MP BN kemuka SD sepertimana yang diminta dalam surat Speaker Dewan Rakyat yang dikeluarkan pada jam 6 ptg 20 Nov.

Jawapannya TIADA.

TSMY berhujjah jika tiada SD, surat Zahid tak boleh dipakai.

Dalam keadaan tiada seorang pun yang ada majoriti (selepas 10 MP BN dipaksa oleh Zahid supaya tarik balik sokongan kepada TSMY), Agong cadang supaya dibentuk kerajaan campuran antara PN dan PH.

Satu dokumen perjanjian antara TSMY dan DSAI telah disediakan oleh Istana Negara.

TSMY disaksikan oleh TGHH menolak untuk menandatangani perjanjian tersebut kerana ia bertentangan dengan dasar parti dan pendirian majoriti orang Melayu yang tak mahu PH/DAP berkuasa semula.

Pada masa itu, DSAI sedang menunggu di bilik sebelah untuk tandatangan perjanjian.

Sekiranya TSMY bersetuju, maka terbentuklah kerajaan PH + PN semalam (22 Nov 2022) dengan jawatan PM digilirkan antara Anwar dan TSMY.

TSMY tak sanggup gadai perjuangan semata-mata kerana nak jadi PM dan meninggalkan Istana Negara dengan Anwar Ibrahim terkulat-kulat di situ.

Zahid pula diserang MCA, MIC dan PBRS dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada malam 22 Nov 2022 kerana berbohong kepada YDPA kononnya 30 MP BN sokong Anwar sebagai PM sedangkan keputusan DT BN pada 21 Nov 2022 ialah MP BN tidak menyokong sesiapa sebagai PM dan BN nak jadi pembangkang saja.

Ini bukan kali pertama Zahid bohong.

Anak kecil Main Api

Isu Semasa