Pendapat Dari Rakan Berbangsa Cina

Pendapat Dari Rakan Berbangsa Cina

PAS/PN adalah pilihan ke-3 saya dalam peti undi.

Namun, selepas semalam, saya mesti katakan, orang yang paling mengagumkan dan penyabar ialah penyokong PAS.

Mereka adalah rakyat Malaysia yang matang, mesra dan dihormati.

Kita telah melakukan peralihan kuasa secara aman semalam kerana kesabaran penyokong PAS.

Jika TSMY yang mengangkat sumpah semalam, saya yakin bahawa peralihan tidak akan berjalan lancar seperti itu.

Hanya dengan mengimbau kenangan sejarah baru-baru ini sudah cukup membuatkan saya kecut perut. Beberapa perhimpunan di Kelana Jaya khususnya.

Walaupun menjadi parti tunggal terbesar dengan memiliki kerusi parlimen terbanyak (pada 49 mengalahkan UMNO, GPS, DAP, PKR, PPBM dan semua) mereka tenang dan damai semalam.

Kepada ahli dan penyokong PAS, terima kasih, rakyat Malaysia berhutang budi pada anda.

Tai Zee Kin

Kolumnis