Kehancuran.
Kenapa saya kata kehancuran?
Ini kerana BN tidak dapat mencerna dengan baik mesej dan signal daripada pengundi Melayu.
Jelas pengundi Melayu terutamanya anak muda dan golongan atas pagar telah beralih arah meninggalkan BN dan bersama PN.
Peralihan ini kerana pengundi Melayu atas pagar mahu mengajar BN untuk bersihkan kepimpinan parti dari mereka yang terjebak kes-kes mahkamah.
Ini signal pengundi Melayu yang beralih.
Malangnya mesej ini tidak mampu dihadam dengan baik untuk BN membetulkan keadaan dan menarik semula pengundi Melayu bersama mereka.
Lebih malang lagi, BN bertindak beralih kepada PH dan bukannya merubah barisan kepimpinan.
Dapat erti lain, BN beralih daripada dapatkan kembali pengundi Melayu, kepada bergantung harap kepada undi bukan-Melayu dari PH.
Tindakan ini sebenarnya makin menjarakkan pengundi Melayu atas pagar dan juga pastinya mengundang pengasingan diri pendokong dan penyokong setia BN.
Pengundi dan penyokong Melayu makin mengecil bersama BN, dalam masa yang sama BN bergantung harap kepada pengundi bukan Melayu dari PH.
Taktikal ini sama dengan apa yang telah berlaku kepada Amanah.
Mereka hanya hidup dengan undi daripada bukan Melayu.
Malah semakin layu, PRU 14 ada 11 kerusi, PRU 15 kurang kepada 8 kerusi.
BN akan mengalami putaran yang sama.
Pengundi asas BN yakni Melayu semakin mengecil, kebergantungan hidup kepada pengundi bukan Melayu semakin besar.
Inilah antara tanda-tanda kemusnahan UMNO dan BN dibawah pemerintahan Zahid Hamidi yang dibantu oleh pembesar yes-man.
Ahmad Fahmi Mokhtar.