Bergembira Dan Insafkah?

Bergembira Dan Insafkah?

Nampaknya perkembangan politik Malaysia seakan-akan mula tenang apabila barisan kabinet PM10 diumumkan.

Bergembiralah pihak yang bergembira dan kecewa lah pihak yang kecewa.

PRU 14 dahulu telah kita saksikan.

PH gembira sakan kerana tak sangka Menifesto mereka yang olok-olok diterima oleh pengundi sehingga mereka berjaya menumbangkan BN.

Manakala BN kecewa muram, kerana tak sangka pohon gergasi mereka boleh tumbang menyembah bumi.

Rupa-rupanya yang gembira tidak lama gembiranya.

Hanya 22 bulan sahaja mereka mampu berpesta riang.

Allah ganti gembira dengan kekecewaan.

BN yang awalnya kecewa kembali rasa gembira apabila PRK yang mereka sertai menang bergaya dengan sokongan PAS dan kemudian mereka boleh menumpang kerajaan bersama PAS dan BERSATU.

Namun keinsafan UMNO tidak lama.

Mereka mula tidak senang jika TSMY terus menjadi PM.

Lalu digoyangnya pokok hingga TSMY gugur.

Kemudian naiklah orang UMNO jadi PM iaitu DSIS.

Namun oleh kerana dalam UMNO banyak kem.

Masing-masing kem ada askar dan senjatanya sendiri.

Maka masing-masing tak puas hati kalau PM bukan dari kem mereka.

Lalu digoyangnya lagi kerajaan sendiri.

Lalu tergulinglah DSIS, diguling oleh rakan dalam UMNO sendiri.

UMNO rasa sudah kuat sehingga sanggup bertanding solo dalam PRU15.

Sayangnya Allah hanya tunaikan hasrat UMNO/BN setakat 30 kerusi sahaja.

Jauh dibelakang PAS.

Kini UMNO/BN hanya parti kecil dlm PH, dan UMNO akan semakin mengecil.

Dua kali mengalami kekalahan dahsyat masih belum benar-benar menginsafkan UMNO.

UMNO memerlukan sebuah kehancuran total untuk menjadikan mereka insaf.

Itupun belum tentu lagi.

Mungkin waktu ini UMNO dilihat bijak bermain politik.

Tapi mereka kena ingat bahawa takdir Allah bukan permainan.

Ustaz Mokhtar Senik

Kolumnis