Kebebasan Bersuara PM Ke-10 Mengecewakan

Kebebasan Bersuara PM Ke-10 Mengecewakan

Terima kasih atas teguran yang tepat dari Lawyers for Liberty.

Sejujurnya saya terkejut melihat pendekatan ‘mendiamkan kritikan’ dengan cara yang sangat tidak munasabah hanya dalam tempoh beberapa hari DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-10.

1. Saya membaca kenyataan Fahmi Fadzil yang memetik nama rakyat biasa bernama Widanita.

Status yang dirujuk Fahmi sebenarnya hanya berkongsi berita mengenai apa yang diucapkan oleh seorang Editor Israel mengenai PM ke-10.

Di ruang komen penuh komen-komen bersifat cyber bully terhadap puan Widanita, malah ada individu yang expose gambar keluarga puan Widanita dengan komen yang keterlaluan. Melampau.

Saya dimaklumkan oleh sumber dipercayai bahawa selepas Ketua Penerangan PKR ini menyebut nama puan Widanita, dia diganggu oleh beberapa individu termasuk ada individu yang menunjukkan bahawa dia mempunyai maklumat peribadi puan Widanita seperti No kad pengenalan dan lain-lain.

DASYAT ya kebebasan bersuara di zaman PM ke-10.

2. Audio suara yang dikaitkan dengan Ustaz Hassan MP Baling hanyalah audio yang lansung tidak dapat dibuktikan perkaitan dengan Ustaz Hassan.

Rakaman suara makcik entah siapa-siapa, petik nama Ustaz Hassan mendakwa DS Anwar Ibrahim sekian-sekian.

Tengok berita, Perdana Menteri bagi masa 3 hari untuk Ustaz Hassan minta maaf!! DASYAT!

Walaupun audio dengan kualiti yang sangat lemah untuk dijadikan evidence, Perdana Menteri boleh bagi warning ya.

Rasa macam zaman PM ke-4 dah.

3. Termasuklah Bukit Aman siasat Presiden PAS atas kenyataan terkait Anwar Ibrahim.

4. Saya bersetuju dengan pendapat Lawyers for Liberty dalam isu ini, bahawa perkara ini boleh diambil tindakan melalui tuntutan sivil sahaja sama seperti rakyat kebanyakan.

Tidak perlu menggunakan polis hanya untuk melindungi reputasi seorang Perdana Menteri.

Kita faham PDRM tiada pilihan bila ianya melibatkan seorang ketua negara.

Apa guna kita dipuja kerana menggunakan pen dan sandal murah, tetapi kita tarik nikmat yang lebih mahal dari rakyat berupa kebebasan bersuara.

5. Saya fikir semasa Tun Mahathir naik sebagai PM ke-7, dia sendiri sudah menghentikan budaya politik sebegitu.

Kita tidak melihat lagi pendekatan sebegini apabila naik PM ke-8 dan ke-9.

Jadi saya fikir siapa sahaja yang naik, dari parti mana sekali pun, kita sudah melepasi budaya politik intimidasi kuno dan menakut-nakutkan rakyat, namun saya kecewa perlu melihat situasi tidak menghormati hak asasi manusia seperti ini kembali pada tahun 2022 di bawah pemerintahan mantan reformis.

Nota: Kena bezakan menyentuh individu dengan menyentuh sensitiviti agama dan bangsa.

Kredit penulisan : Mardhiyyah Johari

Kolumnis