Adalah wajib bagi semua individu menjalani TAPISAN KESELAMATAN sebelum dilantik untuk menduduki jawatan penting dalam kerajaan.
Namun Anwar Ibrahim jelas telah merosakkan negara dengan melantik anggota kabinet tanpa tapisan keselamatan.
Jelas jika melalui tapisan keselamatan beberapa anggota kabinet yang dinamakan tidak layak khususnya Zahid Hamidi yang dinamakan sebagai TPM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Ia ialah langkah khianati rakyat.
Sebagai menteri Wilayah Persekutuan Zahid automatik menjadi anggota Lembaga Pengampunan berdasarkan Perkara 42 (5) dan Perkara 42 (11).
Maka selepas ini bukan sahaja Zahid akan guna kedudukan pengaruh mahkamah dengan dibantu Anwar bagi lepaskan diri malah Zahid juga akan membantu Najib Razak mendapat pengampunan penuh.
Lantikan terhadap Azalina Othman Said yang baru sahaja menyerang Perdana Menteri ke 9 Ismail Sabri Yaakob kerana gagal guna kuasa kawal institusi keadilan negara apabila mahkamah mendapati Najib bersalah dan dipenjara kaitan kes SRC.
Azalina secara terbuka mengatakan PM harus melantik Peguam Negara yang boleh dikawal.
Selepas ini kita bakal menyaksikan sistem keadilan negara bakal ditunggang dan negara pasti akan berdepan zaman lebih gelap dari 22 bulan bawah PH.
Itu belum lagi menyebut individu yang dinamakan Menteri Agama pada Ogos 2020 telah ada laporan polis ke atasnya.
Berdasarkan carian internet, seorang wanita telah buat laporan polis dimana Menteri Agama itu telah datang ke rumah wanita itu kerana ziarah suami wanita itu yang terlantar sakit.
Wanita itu melaporkan ketika berada di rumahnya, Menteri Agama itu yang ketika itu merupakan seorang hakim telah tumpang bilik alasan solat.
Setelah terlalu lama, wanita itu memeriksa dan didapati lelaki itu tidur berbogel.
Wanita itu menyatakan pengadu hanya tinggalkan rumah itu 3 pagi dan sebelum tinggalkan rumah itu menyatakan apa yang berlaku hanyalah tujuan menguji wanita itu.
Carian internet juga menemui berita Polis mengesahkan menerima laporan itu.
Lokman Adam (jurucakap Umno) pada 10 Januari 2022 telah angkat perkara ini untuk perhatian umum dan pada 14 Januari 2022 Persatuan Pegawai Syariah Malaysia telah mendesak tindakan gantung Menteri Agama yang ketika itu Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (KP JKSM).
Lebih menarik tertera dalam kenyataan Hj Ibrahim Deris, Presiden
Persatuan Pegawai Syariah Malaysia yang memetik pendedahan Lokman Noor Adam di Facebook Pagenya pada 13 Januari 2022 10.49 malam, di minit 7.56 video apabila beliau membacakan laporan polis pengadu yang menyatakan seperti berikut.
“Dia (KP JKSM) juga telah memaklumkan bahawa dia boleh mengatur hakim khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur bagi memenangkan sesuatu kes tuntutan seseorang”.
Apa kesudahan kes ini?
Jika wanita itu menipu adakah tindakan dikenakan kerana laporan palsu atau kes ini masih dibuka?
Ini PERSOALAN yang wajib dijelaskan….
Ini bukan kerajaan Perpaduan, ia kerajaan campuran neo kleptokrat.
Kerajaan HArapan NATional (HANAT).
Che’GuBard Original




