Saya mukaddimahkan tulisan siri kali ini dengan memetik pendedahan seorang MKT UMNO, Dira Abu Zahar.
Suatu kata-kata yang menyentuh hati, perlu dihadami oleh siapa sahaja ahli UMNO yang masih tegar bersama UMNO Zahid Hamidi sekarang.
“Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata, suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu/Islam di Malaysia ini dalam meeting MKT semalam.”
“Tak perlu dah jaga orang Melayu ni. All this are bullshit,” katanya memetik pemimpin yang tidak dinamakan.
Hebat bukan bagaimana pemimpin UMNO menipu akar umbinya.
Tanpa segan-silu mereka mempersetankan perjuangan bangsa apabila berhadapan dengan tawaran kuasa oleh pihak petualang.
Siapa yang menuturkan kata-kata tersebut, biarlah Dira Abu Zahar simpan dalam memorinya.
Yang pasti mereka adalah salah seorang ahli MKT UMNO yang sedang memimpin rakyat akar umbi.
Adakah orangnya itu Zahid Hamidi sendiri?
Sedar tak sedar, bangsa Melayu telah diperintah oleh satu puak yang cuba merungkai kontrak sosial.
Citra dan naratif itulah dibawa dan disembunyikan.
Dan apa sahaja yang disembunyikan akan ternampak nyata apabila sudah ada kuasa.
Baru seminggu, UEC yang bercanggah dengan Akta Pendidikan dan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, diutamakan.
Mereka menyambung apa yang belum terlaksana dalam 22 bulan yang mengerikan.
Tidak sedikit Melayu yang berbangga berkongsi kuasa dengan mereka.
Apa nak dihairankan jika ahli MKT sendiri boleh mengatakan tak perlu menjaga Melayu.
Di saat perkongsian kuasa boleh dilakukan sesama bangsa seagama, UMNO Zahid Hamidi rela mendalangi pembentukan sebuah kerajaan yang serasi dengan kehendak Israel, Amerika dan Taiwan.
Apa lagi selepas ini UMNO hendak perjuangkan?
Sedarkah Melayu bahawa dalam kerajaan sekarang UMNO adalah parti minoriti yang hanya memiliki 26 kerusi Parlimen.
Manakala 100% pembangkang kini adalah bangsa Melayu majoriti yang berada dalam PN.
DAP pastinya akan memegang beberapa kementerian strategik bagi mereka.
Justeru perdebatan dan perseteruan dalam Parlimen nanti akan terjadi dalam situasi yang amat menyedih dan melukakan.
Rakyat tengoklah nanti bagaimana dan di pihak mana UMNO akan berdendang.
Detik-detik yang memedihkan hati bangsa Melayu akan terus berjalan.
Anak-anak muda Melayu khususnya dapatlah saksikan bagaimana lahanatnya UMNO yang berketuakan Zahid Hamidi.
Justeru, tempoh masa 5 tahun ini ayuh lakukan anjakan paradigma.
Seluruh bangsa Melayu dan kaum pribumi mesti meninggalkan UMNO Zahid Hamidi.
Satukan cita-cita dan gembleng tenaga hanya dalam Perikatan Nasional.
Dalam PAS dan BERSATU kita bersolidariti.
Baikilah kesilapan agar suatu hari nanti tidak terjadi; ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.
Bangkit dan mulakan di pilihanraya Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.
Jangan lupa kata-kata UMNO pengkhianat ini: “Tak perlu dah jaga orang Melayu ni. All this are bullshit.”
Salam Muhammad