Twitter Sarang Liberal Yang Merosakkan

Twitter Sarang Liberal Yang Merosakkan

Liberalisme ialah pegangan yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.

Liberalisme adalah idea yang terarah sepenuhnya kepada tingkah laku manusia di dunia ini.

Liberalisme lebih berfokus kepada ekonomi dan sosial kerana matlamat utamanya mempertingkatkan kesejahteraan lahiriah dan kebendaan.

Kesejahteraan mestilah diberi kebebasan sosial menurut liberalisme.

Golongan liberalisme ini bersarang di Twitter kerana di situ berkumpulnya serpihan budaya yang tidak diterima masyarakat umum tetapi disanjung bak hero di Twitter.

Sudah bertahun-tahun Twitter menjadi sarang bagi pelbagai jenis sub-budaya yang tidak diikuti oleh majoriti masyarakat.

Twitter memperjuangkan kebebasan bersuara kepada semua penggunanya.

Pengguna Twitter bebas bercakap apa sahaja.

Jika tidak dipandu dengan agama, perbuatan itu boleh memberi kesan kepada iman dan akidah.

Lihatlah ramai anak muda yang mempunyai akaun Twitter “Dark Side” (DS).

Akaun ini digunakan untuk mencari pendapatan dengan menjual gambar dan video lucah.

Mereka merasakan tindakan itu betul kerana mereka berada di dalam persekitaran hidup yang sentiasa membenarkan tindakan mereka.

Twitter merupakan “echo chamber” di mana golongan yang sama mengiyakan sesama sendiri dan tidak begitu menggambarkan masyarakat sebenar.

Mereka yang memegang apa-apa fahaman songsang akan merasakan benar dan disokong oleh masyarakat.

Naratif politik mudah dibina di sana.

Fitnah dan ayat kejian dilakukan secara pengulangan, akhirnya orang menganggapnya sebagai fakta.

Perkara yang salah pun akan dianggap betul kerana tiada naratif balas yang menyangkal fakta pincang mereka di sana.

Kesan daripada kebebasan bersuara, naratif fitnah secara pengulangan dan hidup di dalam persekitaran yang mengiayakan ini akan membuatkan anak muda yang tidak mempunyai prinsip ilmu mudah didoktrin dengan apa sahaja perkara pincang yang dibawa.

Akhirnya akan membentuk masyarakat yang tidak sihat dan hidup dalam budaya yang merosakkan identiti muslim.

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)

Isu Semasa