Adakah PM10 dan sekalian menteri Kerajaan PH ini sedar bahawa mereka sudah pun menjadi kerajaan?
Jadi, mengapa berfikir dan bertindak gaya macam Pembangkang lagi?
Begitu murahnya harga fitnah apabila PM 10 mendakwa kononnya kempen PN dibiayai oleh syarikat judi.
Mana buktinya?
Sekadar kata ‘mungkin’.
Oh, senanglah begitu.
Tuduh pihak lawan, lempar persepsi tetapi bukti tidak ada pun.
Kaedah politik inilah yang PH selalu guna termasuk ketika kempen PRU-14.
Menjelang PRU-14 2018 dulu PH fitnah PAS dapat duit rasuah RM90 juta.
Sehingga sekarang mereka gagal mendedahkan bukti.
Kini, selepas PRU-15 pula, Kerajaan PH fitnah PN pula dapat duit tajaan syarikat judi untuk pilihan raya.
Kelakar juga fitnah bab ini sebab syarikat judi itu amat bermurah hati menaja parti yang akan menutup operasi judi.
Saham syarikat judi dan arak antara yang jatuh merudum tatkala keputusan PRU-15 menunjukkan PAS menang kerusi terbanyak.
Riuh gegak-gempita pemimpin dan pentaksub PH dengan bangganya mengumumkan pengurangan cabutan khas judi.
Soalan itu wajar ditanya kepada Menteri MITI Kerajaan PH ini, Tengku Zafrul sebab dia Menteri Kewangan Kerajaan sebelum ini.
Urusan tersebut adalah bidang kuasa Kementerian Kewangan.
Adapun, pendirian PAS tegas konsisten tidak pernah bersetuju pun dengan judi.
Buktinya, di kesemua negeri yang ditadbir oleh PAS, judi diharamkan terus.
Ironinya, yang bersungguh membantah keputusan pengharaman itu ialah Pakatan Harapan.
Apabila PAS haramkan judi, DAP siap heret Kerajaan Negeri Kedah ke mahkamah.
Jadi, kita patut tanya dasar Kerajaan PH berkenaan judi dan arak di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan pula bagaimana?
Dan apa dasar terkini Kerajaan UMNO-PH di Pahang dan Perak?
Hidup ini tidak usahlah berpura-pura ye.
Semalam berbuih mulut ceramah anti kleptokrat, nyanyi nak tangkap penyamun.
Hari ini berkasih mesra berganding tangan di pentas ceramah sesama mereka, mahu kelentong rakyat apa lagi?
Syed Ahmad Fadhil