Monopoli BERNAS Oleh Usahawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary – Satu Perspektif Yang Berbeza

Monopoli BERNAS Oleh Usahawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary – Satu Perspektif Yang Berbeza

Tular berita Anwar mengecam monopoli syarikat Padi dan Beras Negara yang dimiliki usahawan Melayu, Syed Mokhtar al-Bukhary diportal-portal berita dan Sosmed.

Anwar menganggap BERNAS menghisap darah petani dan mengambil untung yang sangat besar.

Saya melihat isu ini dari perspektif yang berbeza.

Pada 1997 Anwar turut terlibat meluluskan proses pengswastaan LPN, menjadi BERNAS.

Pada Ogos 1997, BERNAS di IPO kan (masa itu tak tahu lah kroni sapa dapat banyak pink form).

Syarikat asing, Cina Hongkong Wang Tak Co Ltd melalui Bursa Saham telah berjaya memiliki saham 31% BERNAS dan antara pemilik terbesar dalam syarikat Beras Nasional tersebut.

Bayangkan tuan-tuan syarikat beras Nasional, untuk food security, untuk menstabil makan ruji negara, memikul dasar makanan negara turut dimiliki orang asing.

Besar pula saham mereka.

Syed Mokhtar, melalui syarikatnya Tradewinds, mengambil alih 53.7% equiti BERNAS.

Kemudian, melalui syarikat-syarikat berkepentingannya, mengambil alih BERNAS dari pemilikan asing dan lain-lain pemegang membawa kepada Tradewinds memiliki 72.57% dalam BERNAS.

Selebihnya dimiliki ajensi-ajensi kerajaan yang berkepentingan.

Sekitar hampir RM1.0 billion dibelanjakan untuk membiayai pengambilalihan saham-saham tersebut, dibiayai melalui pinjaman Bank.

Beliau telah mengambil risiko besar untuk menjadikan BERNAS kembali milik Melayu.

Besar jasa Syed Mokhtar kepada negara.

Untuk memastikan BERNAS yang diswastakan oleh Anwar itu kekal menjadi milik Melayu, Syed Mokhtar delistingkan BERNAS.

Ia menjadi milik Melayu bersama ajensi-ajensi berkaitan kerajaan yang berkepentingan.

Tiada lagi BERNAS dimiliki orang asing.

Jasa Syed Mokhtar mengambil semula BERNAS tidak dihargai.

Beliau mengambil risiko meminjam berbillion untuk mengembalikan semula BERNAS menjadi milik rakyat negara ini, milik Melayu dari tangan rakyat asing.

Sebaliknya, Anwar menyatakan ketidaksetujuannya BERNAS dimonopoli oleh orang Melayu.

Orang Melayu yang berjaya menguruskan BERNAS dengan baik.

Orang Melayu yang membantu meningkatkan equiti atau pemilikan orang Melayu dalam ekonomi yang tidak sampai 20%.

Anwar tidak melihat kepada aspek tersebut.

Ia melihat kepada orang Melayu untung besar.

DAP apa lagi menyalaklah bila melihat orang Melayu sendiri menyalak kepada bangsanya.

Adakah selepas LPN diswastakan, kemudian di IPO dan syarikat Padi Dan Beras Negara dimiliki syarikat Cina asing luar negara, Anwar berbuat sesuatu mengenainya?

Adakah Anwar bising mengenainya?

Atau hanya bising bila ia diambil alih dan dimiliki orang Melayu?

Adakah Anwar membantu Syed Mokhtar untuk menguasai semula BERNAS?

Memikul hutang sekitar RM1.0b?

Mungkin elok Syed Mokhtar jual semula saham-saham BERNAS kepada syarikat Cina Hongkong tersebut barulah tidak lagi dimonopoli oleh orang-orang Melayu.

Ini hanya sinikal sahaja.

Adakah begitu yang dikehendaki?

Isu pemilikan BERNAS oleh Syed Mokhtar tidak boleh melihat kepada aspek untung semata-mata.

Ia perlu dilihat kepada:

i. orang-orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan

ii. menguasai syarikat BERAS Nasional semula dari tangan orang asing

iii. jasa kepada negara menyelamatkan BERNAS dari dimiliki orang asing Hongkong dengan mengambil alih dari mereka dan

iv. sumbangan Syed Mokhtar kepada pemilikan equiti Melayu dalam ekonomi yang masih tidak mencapai sasaan DEB dulu, 30%!.

Seharus sebagai pemimpin Melayu seorang PM dan Menteri Kewangan perlu melihat perkara ini dari segi kepentingan Melayu dan pemilikan equiti Melayu dalam ekonomi yang masih tidak mencapai sasaran.

Kredit : Fb Sdra Ibrahim Abd Aziz

Ekonomi