Seramai 41 penduduk daerah Kubang Pasu menerima geran tanah hari ini.
Majlis penyampaian sumbangan enjin bot, mesin rumput, peralatan perniagaan dan mesin jahit turut diadakan melibatkan lapan orang penerima di bawah Projek Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam Majlis Jelajah Kedah Sejahtera daerah Kubang Pasu di Masjid Haji Ismail, Padang Perahu, Jitra.