6 Perkara Yang Ditakuti Oleh Kerajaan PH BN

6 Perkara Yang Ditakuti Oleh Kerajaan PH BN

Setakat sebulan ni, ada 6 perkara yang depa takut.

Ketakutan itu disusuli dengan tindakan yang ganas.

Halang, sekat, pecat, saman, ugut.

  1. TAKUT DENGAN JABATAN AMAL.

Dihalang daripada bantu misi menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Kelmarin depa pi bantu. Berkampung di sana.

Tiba-tiba hari ni depa habaq kata Jabatan Amal tak boleh pi bantu dah.

Yang halang tu orang politik.

Bukan Bomba.

Bomba, APM, Polis, depa semua ok.

  1. TAKUT DENGAN PASTI DAN SRITI.

Dikatakan PASTI, SRITI sebagai tempat menanam kebencian, racist, ekstemis.

Walhal dia sendiri pun pernah rasmi penubuhan PASTI.

  1. TAKUT DENGAN MB SANUSI.

Belum pernah berlaku seorang Ketua Kerajaan Persekutuan saman Ketua Kerajaan Negeri kecuali dalam era pentadbiran PM10.

  1. TAKUT DENGAN TIKTOKERS PRO PN/PAS.

Menteri Komunikasi Digital dalam siaran media awal sebagai Menteri, memaklumkan terdapat 2,113 video Tiktok yang telah disekat.

  1. TAKUT DENGAN PENJAWAT AWAM.

Selepas PM10 naik, sekurang-kurangnya ada 2 pegawai tinggi kerajaan diambil tindakan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan(KSP) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Fuh, ganas.

Depa ni hanya pelaksana polisi.

Yang tetapkan polisi adalah orang politik.

Silap besaq hangpa bermusuh dengan penjawat awam.

  1. TAKUT AHLI PARLIMEN TAK SOKONG USUL PERCAYA KEPADA PM.

Buat perjanjian dengan ketua-ketua parti supaya Ahli-ahli Parlimen parti depa ikut sahaja apa yang diarahkan.

Tak boleh berbeza pandangan.

Tak boleh tak sokong PM10.

Perjanjian yang berbentuk ugutan dan tidak berperlembagaan.

Tudia, takut sungguh hangpa noo

Afnan Hamimi Taib Azamudden

Isu Semasa