Jawapan Kepada Fitnah Zaid Mohd Noor, Pengarang Utusan Malaysia.

Jawapan Kepada Fitnah Zaid Mohd Noor, Pengarang Utusan Malaysia.

Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan pelan menghadapi banjir seawal sebelum musim tengkujuh 2022.

Masih ingatkah tuan-tuan di Terengganu pernah digemparkan berkenaan taklimat Empangan Kenyir yang akan pecah?

Itu antara sebahagian persediaan negeri ini menghadapi bencana di musim tengkujuh termasuk banjir.

Semua agensi, pihak berkuasa dan NGO termasuk YB-YB dan Penyelaras sedang berkhidmat menyelamat mangsa banjir dan ditempatkan di PPS.

Adalah tidak adil mengulas berdasarkan kejadian semasa dan pelan perancangan.

Kerana sesungguhnya air banjir nak datang tu dia tidak bagitau kita dahulu banyak mana nak datang.

Jalan mana dia nak limpah.

Penduduk negeri Pantai Timur dia faham bila tiba musim tengkujuh dan cuba berasimilasi dengan iklim serta bantuan yang dihulurkan.

Sebab itu, payah nak jumpa orang Terengganu dan Kelantan menyalahkan kerajaan apabila berhadapan musibah ini.

Tak seperti Lembah Klang termasuk yang berlaku di Sri Muda Shah Alam dalam episod banjir kilat yang lepas.

Kau salahkan aku, aku salahkan kau.

Soal kebajikan dan menyelamat kita ada agensi kerajaan, Jabatan Amal, Khidmat Malaysia, pihak berkuasa dan beratus NGO dalam Terengganu yang turun secara ‘on the spot’.

Tiada masa untuk mencari salah orang, tetapi fokus kepada misi menyelamat dan kebajikan.

Sebagaimana diakui banjir kali ini agak besar daripada sebelumnya, maka aset kita tidak dapat melepasi arus yang laju berdasarkan topografi muka bumi pedalaman yang berbukit.

Kenderaan darat juga sukar menghantar bantuan apabila daerah Setiu telah mula terputus laluan menjadikan Besut seolah-olah terkepung apabila daerah Pasir Puteh sendiri turut di tenggelami air.

Oleh: Abdul Hadi Abd Rani

Entah apa yang cuba difitnahkan oleh Zaid Mohd Noor yang menulis dalam Utusan Malaysia.

Dalam tulisannya, Zaid berkata mangsa banjir juga tercari-cari pemimpin politik dan wakil rakyat mereka yang ‘menghilang’ ketika banjir, sedangkan rakyat negeri Terengganu dapat melihat melalui media sosial bukan sahaja Wakil Rakyat dan EXCO PAS yang mengharungi banjir untuk membantu rakyat malahan keseluruhan jentera PAS seperti Jabatan Amal, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Ameerah turut sama mengharungi banjir membantu.

Tambahan pula Ketua Biro Utusan, si Zaid ini baru beberapa bulan sahaja dipindahkan ke Terengganu.

Barangkali beliau belum sempat untuk berkamel molek dengan rakyat Terengganu.

Kami ingin nasihatkan kepada Zaid, gunakan tulisan kamu untuk kebajikan kerana setitik tulisan kamu akan dihisab di hadapan Allah SWT.

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja merangkap selaku Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu telah membuat tinjauan ke Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) Terengganu bagi mendengar taklimat situasi semasa keadaan banjir yang berlaku di negeri Terengganu.
Nak cari salah memang akan jumpa benda salah kerana kita sebagai manusia secara fitrah sentiasa ada kelemahan. Tapi ada sesuatu yang demo terlupa bahawa ambo adalah seorang manusia yang berlapang dada dan berjiwa besar untuk mengakui kelemahan dan sentiasa bersedia memperbaikinya. Kita tak perlu jadi sempurna untuk bekerja tapi kita bekerja sambil terus muhasabah diri. Ambo sukakan cabaran dan pengalaman baru.

Carilah salah ambo dan silakan royat apa lagi benda yang tak kena di mata demo. Ambo tak marah serta terima dengan lapang dada dan berusaha untuk memperbaikinya lagi. Amanah ini amat berat dan kita pikul dengan rasa takut kepada Allah.
Selain membersih, ambe jugok menyediakan 6 biji Culvert untuk di pasang bagi melancarkan perjalanan air di sini.
Semoga kerja-kerja amal kita ini akan menjadi bekalan di akhirat sana nanti, InsyaAllah.
Terima kasih semua.
Saya turun ke PPS di Kg Buluh yang menempatkan tiga buah keluarga di kampung berkenaan. Yang lain telah pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih Pengerusi JPKK yang turut hadir bersama-sama kebetulan beliau nak hantar makanan ke sini.
Bukan bangsa kayangan.
Mari tengok keadaan air banjir di Losong Haji Mat bersama YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Esok insyaAllah sambung ngarung air.
Hari ini saya di Setiu dan Hulu Besut bagi menyantuni dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Terima Kasih unit Amal, berkhidmat kerana Allah, kurang bersuara tp byk bekerja.mereka bila turun padang buat kerja tak sempat dah nk layan hinaan ,kecaman mulut dan jari manusia di facebook yang hanya tahu sangka buruk….semoga Allah yang membalas amal kebajikan kalian unit amal.

Terengganu