Dulu DS Najib pun kata, dia keturunan Bugis.
Tapi bila dia buat program Nothing To Hide, Tun dengan DS Ahmad Said kata nak datang, nak tanya soalan pasal TIA dan 1MDB, program itu kemudiannya dibatalkan dan tak buat-buat.
Bila PH menang, Tun jadi PM, DS Najib masuk mahkamah.
TS Muhyiddin sambung kes tu.
Zaman DS Ismail Sabri, DS Najib dijatuhkan hukuman.
Jadi, keturunan pahlawan Bugis ni, mengharapkan DS Anwar dan seorang lagi keturunan Pahlawan, DS Zahid untuk tolong dia sekarang.
Pahlawan DS Zahid ni nampak gagah dari DS Najib sebab setakat ni, bukan sahaja pengundi PH yang bencikan dia, dia tipu.
Tapi pakej penipuan tu sekali dengan pengundi BN pun kena scammed.
Cuma kita yang luar PH-BN ni, sudah dapat agak apa yang bakal berlaku, bilamana ada cadangan untuk jawatan Presiden tidak dipertandingkan, lalu Zahid segera menafikan dia penakut, dia ada darah keturunan pahlawan katanya.
Yang kita faham sangat, bila dia kata tidak dan nafikan itu, biasanya semua akan terjadi.
MB Johor, No Anwar, No DAP.
Manakala penyokong PH pula tentu saja akan menyokong cadangan tiada pemilihan Presiden Umno ini, sebab jika Zahid kalah, maka masalah terbesar mereka ialah, kerajaan mereka berkemungkinan besar, akan runtuh sekali lagi.
Tak sempat pulak nak dapat pencen menteri.
Jadi PH pula mungkin yang akan paling sibuk berkempen untuk Zahid, supaya jawatan Zahid dikekalkan.
Inilah baru kita panggil kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, membantu dengan penuh harapan untuk menang, kawan PH, Zahid, yang dalam kesusahan
Penyokong Umno pula, macam ayam yang nak kena sembelih dalam bakul.
Masa tangan tuan ayam masuk bakul, ayam bising sebab takut, marah.
Bila tangan tu keluar, bawa kawan dia sekor, dia pun senyap sebab tangan dah tak ada.
Yang kena sembelih, kawan dia.
Dia tak kisah, tak pedulipun.
Bila tangan masuk lagi, dia bising balik.
Sehinggalah tangan tu tangkap dia, kena sembelih, barulah dia diam selama-lamanya.
Hai…Umno, Umno….
Mohd Nasir Abdullah