Sekarang ini serangan berfokus kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien kerana beliau disebut-sebut akan mencabar jawatan Presiden UMNO
Pasca PRU14 beliau membuat keputusan tidak bertanding jawatan utama parti sebagai memgambil tanggungjawab atas kekalahan parti di peringkat persekutuan.
Beliau kemudian dituduh menghasut sebahagian besar pemimpin UMNO Sabah menyertai Bersatu.
Namun mereka yang di dalam koridor politik elit tahu kebanyakan pemimpin UMNO ketika itu berada di bawah naungan Tan Sri Musa Aman.
Siapa pun merencana kemasukan sebahagian pemimpin UMNO ke dalam Bersatu telah berjaya membantu menggugat kekuatan PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan sekaligus menjadikan parti tersebut tidak stabil.
Pada Disember 2019, Anwar Ibrahim menuduh beliau menggugat kestabilan Pakatan Harapan.
Pada Februari 2020, kerajaan PH jatuh, namun yang merunding pembentukan kerajaan baharu adalah Presiden UMNO.
Jadi hentikanlah fitnah-fitnah ada kumpulan hendak membawa UMNO masuk Bersatu.
Tidak ada sebab untuk mana-mana pemimpin UMNO membawa parti masuk ke dalam Bersatu.
Malah, apabila diadakan kerjasama tiga parti Melayu, semua parti bersetuju UMNO akan bertanding lebih banyak kerusi.
Ketika perundingan dibuat, UMNO akan dapat 80 kerusi, PAS 40 dan Bersatu 40.
Jadi di mana Bersatu hendak bunuh UMNO?
Namun ada pemimpin UMNO yang sombong menyatakan kita bertanding solo boleh rampas semua kerusi Bersatu dan matikan Bersatu.
Kita juga boleh rampas semula Terengganu dan Kedah.
Akhirnya PRU15 telah menunjukkan strategi tersebut gagal.
Berbalik kepada tuduhan Hishammuddin pengkhianat.
Jika beliau pengkhianat, mengapa beliau dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional?
Kedua, jika Hishammuddin pengkhianat mengapa bagi watikah calon BN?
Ketiga, mengapa sampai sekarang beliau masih belum dipecat?
Jadi hentikanlah menjual mitos-mitos bagi menjaga kedudukan Presiden.
Telah jelas strategi dan taktikal beliau sebelum dan selepas PRU15 telah menolak UMNO ke dalam lubang najis.
Sudah tiba orang lain memimpin UMNO.
Ab Jalil Backer