10 Fakta Terkini, Menarik Mengenai Politik Negara Di Penghujung 2022

10 Fakta Terkini, Menarik Mengenai Politik Negara Di Penghujung 2022

Pertama, adalah amat nyata bahawa ini bukan satu Kerajaan Perpaduan seperti arahan YDP Agong.

Kerajaan Perpaduan adalah satu Kerajaan di mana tiada parti pembangkang.

Kerajaan Perpaduan bermaksud A Unity Government.

A Unity Government telah dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Febuari 2020 tetapi ditolak oleh semua pihak kerana Tun mahu melantik banyak golongan teknokrat dan profesional dalam Kabinet tanpa mengira kepentingan parti politik lain.

Kedua, ini adalah satu Kerajaan Campuran PH, UMNO dan GPS Sarawak, bukan Kerajaan Campuran yang dianggotai oleh Barisan Nasional.

Ini adalah kerana MCA tidak mahu duduk di dalam Kabinet bersama dengan Menteri dari DAP.

MIC juga tidak mahu duduk semeja dalam Kabinet dengan PKR dan DAP.

Hanya wakil dari UMNO dan dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sahaja yang mewakili Barisan Nasional.

Ketiga, kesemua Pengerusi dan Board Members GLC, agensi kerajaan dan badan berkanun dipecat dengan serta-merta.

Yang pasti ini dilakukan untuk pembersihan daripada orang-orang politik dari parti Bersatu, PAS dan Gerakan.

Manakala dijangka hanya ahli-ahli politik UMNO yang menyokong TPM, Zahid Hamidi sahaja akan dilantik mengisi kekosongan yang berlaku.

Sungguh licik permainan politik ini.

Keempat, parti UMNO akan membuat pindaan perlembagaan bagi mengukuhkan lagi MoU yang ditandatangani bersama dengan Pakatan Harapan.

Ini juga bertujuan untuk mengosongkan mana-mana kerusi Parlimen sekiranya ada ahli Parlimen BN melompat dan memberi sokongan kepada pihak lawan.

Kelima, Parti DAP yang mempunyai seramai 40 ahli Parlimen iaitu jauh lebih daripada PKR yang ada 31 ahli Parlimen, sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada PM, Anwar Ibrahim agar Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan dalam jangka masa 5 tahun mereka memerintah.

Ini bertujuan agar parti DAP melalui sokongan orang-orang Cina di dalam bandar, akan berupaya menguasai bandar-bandar utama negara seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh, Seremban, Bandar Melaka, Johor Baharu, Kuching, Sibu, Miri dan Kota Kinabalu.

Keenam, Presiden UMNO semalam menyatakan bahawa walaupun BN menang hanya 30 kerusi Parlimen tetapi berupaya mendapat kuota enam orang Menteri Kabinet berbanding dengan DAP, yang mempunyai 40 ahli Parlimen tetapi hanya dapat kuota empat orang Menteri Kabinet.

DAP mempunyai agenda yang lebih besar.

Iaitu dengan sokongan 148 ahli Parlimen terhadap Anwar, bermakna kumpulan mereka mempunyai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat (Parlimen).

Ini juga bermakna, mereka boleh memaksa Kerajaan PH melakukan persempadanan semula kawasan kerusi-kerusi Parlimen dalam bandar.

Secara kasarnya, dijangkakan lebih kurang 30 kerusi Parlimen baharu dalam bandar dengan majoriti Cina boleh dibuat kali ini.

Ini bermakna parti DAP berkemampuan menang lagi 30 kerusi Parlimen pada PRU ke 16.

Empat puluh kerusi dicampur dengan 30 kerusi Parlimen yang baru, DAP boleh menang 70 kerusi Parlimen dan secara langsung menjadikan DAP sebagai blok parti politik paling kuat di Malaysia.

Ketujuh. Sekiranya DAP berjaya mendapatkan kelulusan untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di bandar-bandar utama negara ini pasti DAP mahu meletakkan orang mereka, orang Cina sebagai Datuk Bandar di Bandar Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh, Seremban dan Johor Bharu.

Mereka mahu kuasai bandar-bandar ini.

Maka, terpinggirlah orang-orang Melayu di dalam bandar seperti di Kampung Baru, Kuala Lumpur atau di Kampung Manjoi di Ipoh.

Orang-orang Melayu yang miskin bandar, akan bertambah miskin.

Pasti peluang-peluang perniagaan dan tempat-tempat perniagaan serta gerai-gerai makanan Cina akan bertambah seperti cendawan.

Kelapan. Sekiranya ini menjadi realiti, orang-orang Melayu akan jadi pengemis di bandar-bandar utama negara.

Kesembilan. Apabila persempadan kawasan Parlimen dilakukan, DAP akan berupaya menang 70 kerusi dan PKR pula akan berupaya menang lebih banyak kerusi.

Ketika itu, barulah orang-orang Melayu dan UMNO akan sedar agenda besar DAP, iaitu menguasai Kerajaan Persekutuan selama-lamanya.

DAP berkorban hari ini, dengan hanya menerima empat Menteri Kabinet, demi memastikan Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Kesepuluh. Negara akan memasuki ambang Tahun Baru 2023 dalam masa dua hari lagi, masalah kos sara hidup masih lagi belum selesai.

Harga ayam masih tinggi.

Supply telur ayam amat kurang.

Import telur ayam dari India punya la mahal.

Harga minyak petrol masih lagi belum turun kepada RM1.50 selitter.

Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan Pakar Theory Ekonomi, nampaknya hanya pandai bertheory sahaja.

Bila jadi kerajaan. Ke laut.

Saiful Bahar

Kolumnis