Kenapa terlalu seksi?
Apabila dibangkitkan, kita dikecam
Kenapa pakaian paramugari kita tidak ada identiti, malah lebih teruk daripada penerbangan bukan Islam?
Penerbangan bukan Islam pun dah berubah.
Takkan kita terus ‘berbikini’ lagi?
Tak cukup lagi kah di pulau-pulau?
Minggu lalu bila saya bangkitkan soal identiti negara mengenai tanglung, bukan main lagi saya dikecam oleh puak-puak liberal ultra kiasu.
Baca artikel saya betul-betul, saya tidak pernah nafikan hak bukan Islam, tetapi berpada-pada.
Lebih-lebih lagi tinggal dalam majoriti orang Islam.
Misalnya, wajarkah dalam sebuah negara Islam, kuil lebih banyak daripada masjid dan surau.
Begitulah dalam perkara lain.
Ini baru satu contoh. Banyak lagi yang akan keluar.
Sama juga isu pakaian pramugari yang menjadi lambang identiti dalam pengangkutan awam.
Kenapa terlalu seksi? Apabila dibangkitkan, maka kita dikecam. Kecamlah…
Paling naif apabila keluar kenyataan, termasuk daripada menteri, dia kata dia tidak ada kuasa.
Persoalan, siapa bagi lesen?
Kuasa ada tapi tak mahu guna?
Apabila timbul sahaja pakaian mencolok mata atau seksi di tempat awam seperti pakaian paramugari, senang sahaja jawapan pihak (Menteri), “kalau mencolok mata, jangan pandang”.
Ini jawapan orang tidak sekolah.
Kita bukan negara Barat, kita negara Timur, negara yang ada adab sopan dan landasan agama.
Sebab itu, kita begitu teruja apabila British Airways memperkenalkan pakaian (uniform) krew kabin (paramugari) mereka yang baharu.
Mereka dibenarkan berhijab lagi.
Kenapa negara (menteri) kita, langsung tidak terfikir ke arah itu.
Bukan main kata negara ini, negara Islam, Islamnya ke mana?
Saya bukan suruh menutup aurat, tetapi bersopan dan bertatasusila.
Lebih-lebih yang Islam, kenalah tutup.
Pakaian paramugari kita jika dibanding dengan semua penerbangan di dunia, kitalah yang paling juara seksinya.
Paling singkat dan paling terbuka dadanya.
Sepanjang carian yang saya buat, semua paragmugari syarikat penerbangan dunia, skirtnya di bawah lutut dan dada ditutup dengan sapu tangan.
Bukan macam kita, skirt atas lutut, amat pendek, dadanya terbuka luas.
Bila kita cakap, tutuplah sikit, dia akan jawab, siapa suruh gatal tengok.
Yang gatal buka dan dedah pasal apa?
Kita nak berbisnes penerbangan atau apa?
Apakah kita mahu melariskan bisnes penerbangan dengan mendedahkan peha dan dada wanita.
Ini satu penganiayaan kepada wanita.
Pasal apa kita tidak nampak semua itu?
Apakah kita mahu terus biarkan anak-anak gadis kita yang mencari rezeki terus hidup sebegini, sedangkan kita ada kuasa mengubah?
Bersuaralah dan bertindaklah wahai pemimpin negaraku.
Semua maklum, pakaian pramugari bagi syarikat penerbangan lazimnya mengikut bentuk badan dan terdiri daripada pelbagai warna dan corak.
Masing-masing anggun dan elegan memperaga pakaian seragam syarikat penerbangan masing-masing dalam melayani ribuan penumpang.
Pakaian seragam pramugari British Airways baru-baru ini menjadi perhatian warga maya.
Buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, British Airways memperkenalkan pakaian seragam baru, cukup bersopan.
Kita teramat sedih apabila isu ini dibangkitkan, maka pihak bertanggungjawab berjawatan menteri berkata, “Saya tiada komen kerana ia perkara subjektif. Kalau anda semua rasa pakaian pramugari kita mencolok mata, tolong jangan pandang,”
Ketika negara (penerbangan) kafir kembali menutup badan, kita membuka seluas-luasnya.
Ketika negara kafir (Cina) mengharamkan judi atas isu moral, kita membuka pusat judi seluas-luasnya.
Kenapa tak kata China Taliban?
Ini bukan soal, kalau tak suka berjudi, jangan pergi.
Tak suka, jangan tengok.
Negara berdentiti apakah yang sedang kita perkatakan ini, sebagai Malaysia truly Asia?
Kenapa kita semua diam?
Sangat naif jika kita berkata setiap syarikat penerbangan bebas memilih pakaian korporat masing-masing selagi mampu menjalankan tugas keselamatan dengan baik.
Kerajaan merasakan pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines Berhad (MAB) iaitu berkebaya selari dengan identiti Malaysia yang sering memberi layanan mesra kepada pengguna.
Inikah standard pemimpin kita apabila bercakap?
Apakah dia tidak nampak betapa seksinya pakaian kebaya dan skirt tersebut?
Perkara ini telah banyak kali dibangkitkan, buatlah kajian kebaya dan skirt yang dipakai sesuai atau tidak dengan budaya Malaysia?
Sebenarnya, ramai pramugari beragama Islam yang mahu menutup auratnya, tetapi tidak dapat berbuat demikian. Dilema.
Ada wanita beragama Islam yang bekerja sebagai pramugari terpaksa membuka tudung demi mencari rezeki.
Kenapa tidak boleh ikut seperti British Airways?
Kita tak rasa malukah?
Apakah kita sengaja dan mahu tidak pernah membandingkan dengan syarikat penerbangan lain, seperti Ukraine, Jepun, Korea, US, Britain dan sebagainya.
Kita begitu teruja apabila membaca berita, tiada lagi skirt ketat, kasut tumit tinggi, syarikat penerbangan Ukraine.
Syarikat ini memperkenal pantsuit, kasut sneaker untuk pramugarinya.
Bagi British Aways, pilihan begitu unik dan tudung juga telah dicipta oleh syarikat penerbangan global untuk anak kapalnya.
Menjelang musim panas, 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat penerbangan itu akan memakai pakaian seragam baharu, bermula dengan jurutera dan pengendali darat.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, berkata, pakaian seragam baru itu adalah pesembahan ikonik jenama yang akan membawa syarikat ke arah masa depan lebih baik.
Katanya lagi, dari awal lagi ini langkah penukaran pakaian seragam ini adalah tentang diri mereka.
Mereka mahu mencipta koleksi seragam yang bangga dipakai.
Dengan bantuan lebih 1,500 kaki tangan, mereka yakin dapat menyampaikannya.
Semasa mengambil pakaian seragam baru, pekerja akan mengitar semula atau menderma pakaian lama mereka.
Kira-kira 90 peratus daripada bahan itu adalah campuran fabrik yang diperbuat daripada poliester kitar semula.
Pereka fesyen yang mencipta seragam baru unik itu, Boateng menzahirkan inspirasi gelombang udara pada jaket.
Manakala kemeja-T, butang dan tali leher diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.
Setiap helaian menggunakan fabrik jacquard dengan variasi speedmarque yang menjadi ikonik syarikat penerbangan itu.
Hebat syarikat luar negara ini.
Walaupun bukan Islam, tetapi berfikiran cara Islam.
Malangnya, kita yang Islam, berfikiran cara bukan Islam.
Tidak fikir soal adab dan sopan, tetapi keuntungan.
Kenapa pakaian kita perlu terlalu seksi?
Ajaran agama atau budaya mana yang membenarkan?
Sedangkan kita dengan adik beradik di rumah pun ada adab berpakaian walaupun mereka itu mahram kita.
Kenapa? Ini soal adab dan etika…
Tidak malukah kita membawa berita syarikat penerbangan Ukraine perkenal pantsuit, kasut sneaker untuk pramugari, tiada lagi skirt ketat, kasut tumit tinggi?
Pada mereka, keselesaan jauh lebih penting.
Syarikat penerbangan tambang murah Ukraine, SkyUp Airlines membuat kelainan dengan melakukan perubahan dalam pakaian seragam rasmi pramugarinya kepada gaya yang lebih selesa dan sopan.
Tindakan dilakukan susulan hasil tinjauan yang dilakukan syarikat itu yang mendapati kebanyakan krunya meluahkan rasa tidak selesa serta muak dengan gaya kasut tumit tinggi, skirt dan blaus ketat.
Justeru, syarikat penerbangan berkenaan memberi pilihan kepada pramugarinya untuk mengenakan pantsuit berona jingga yang merangkumi blazer longgar, baju T putih, seluar panjang beserta kasut sneaker Nike Air untuk mendapatkan keselesaan maksimum ketika bertugas.
Syarikat ini cukup memahami kehendak pramugari mereka.
Misalnya, pramugari kanan SkyUp Airlines, Alexandrina Denysenko berkata, adakalanya dia tidak memiliki masa terluang untuk duduk ketika penerbangan untuk merehatkan kakinya yang bengkak setelah menghabiskan masa berjam-jam dengan memakai kasut tumit tinggi.
Menurut Denysenko, tidak dinafikan bahawa memakai kasut tumit tinggi membuatkan penampilan menarik tetapi pramugari terpaksa menahan derita kesakitan pada kaki.
Malah katanya, jika kru kapal perlu melakukan pendaratan di atas permukaan air atau pemindahan kecemasan, ia amat tidak selesa.
Pernah atau tidak syarikat ini membuat tinjauan seperti syarikat penerbangan antarabangsa ini lakukan?
Puas sudah pramugari bersungut, tak pernah dipedulikan.
Ini belum lagi bercakap penumpang, kita lihat betapa seksinya mengalahkan Barat.
Seluar pendek sependek-pendeknya, sehingga sukar dibezakan antara pakaian luar dan dalam.
Mendarat pula di negeri Kelantan dan Terengganu.
Apakah kita langsung tidak ada polisi berpakaian sopan?
Kenapa pakaian baharu British Airways tidak kecam apabila membuat tindakan sebegini?
Ada berani kecam?
Kalau kita buat, mesti dikecam…
Wahai ultra kiasu, soal keselesaan sahaja menjadikan mereka begitu berani berubah.
Kita bukan hanya bercakap soal keselesaan, tetapi perintah Tuhan (agama).
Hina sungguh kita, percaya hidup bertuhan (beragama) tetapi tidak tunaikan hak dan tanggungjawab agama.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah
