Zahid, Isham dan Lobakman jangan lah nak spin sangat ucapan Presiden PAS kononnya PAS keluarkan dalil halalkan rasuah pengundi.
Isham dan Lobakman ni pernah kata “Anwar memang peliwat”.
Cukuplah bodohkan rakyat, yang sebenar diberitahu Presiden PAS adalah “pemberian orang awam BUKAN DARI CALON ATAU WAKIL CALON kepada orang awam lain adalah sedekah”, langsung tak sebut calon PAS atau PAS yang bagi.
Orang awam sesama orang awam yang bagi, apa masalah?
Mungkin barua-barua DAP ni nak kaitkan dengan bantuan kerajaan Terengganu yang Mat Said duk bising tu.
Tu bukan rasuah, tu bantuan kerajaan negeri, ada i-belia, i-mahasiswa untuk anak muda, kemudian bantuan Pencen Rakyat untuk warga emas.
Apa masalah kerajaan Terengganu bagi bantuan, buat waktu PRU?
Dey! kerajaan negeri tak bubar masa tu, lagipun PRU tu mengejut, korang yang desak nak bubar buat waktu tu.
Bantuan tu dah dibuka permohonan pada Julai, dah diumum akan bagi sekitar bulan 10-12.
Waktu umum ni tak ada lagi bunyi-bunyi nak buat PRU, hangpa yang bubar sape suruh.
Dan satu lagi, sebelum ni Mat Said dah adu ke SPRM, Polis, pihak berkuasa dah siasat dah pun, dah panggil beberapa pusat khidmat DUN yang bagi bantuan ni, akhirnya siasatan selesai, tiada kes boleh dirujuk ke mahkamah.
Sekarang Mat Said tak puas hati, dia buat petisyen plak, kononnya nak panggil 20 saksi, padahal semua saksi tu orang UMNO yang dapat bantuan kerajaan negeri, dia nak pusing cakap PAS bagi rasuah.
Tak usahlah buat persepsi bukan-bukan, tengok yang dah sah merasuah tu, Najib dah ke dalam, Wak Jahid sendiri mahkamah dah putus kena bela diri atas rasuah dia buat.
Satu lagi, UMNO Terengganu yang rasuah pengundi, siap suruh sumpah depan al-Quran lagi, rujuk video di komen.
Jangan nak pusing kata PAS pulak rasuah, kalau ya pun kenakan PAS, elok UMNO mengaku bagi PAS 90 juta, mana tahu sangkut.
Satu lagi, kalau korang percaya kat Mat Said korang memang bodoh, Mat Said tu totally ditolak rakyat Terengganu, kalau korang dengar lagi cakap Mat Said confirm satu Malaysia tolak korang ni.
Aku tahu korang buat ni sebab korang takut sekarang, ramai ahli akar umbi UMNO yang masuk PAS.
Akar umbi kat bawah ni ramai yang kata kata,
“Kalau yang atas boleh sokong bukan islam bukan melayu, tak kan yang bawah ni tak boleh sokong PAS , sesama Melayu dan Islam.”
“Kami boleh sokong DAP, tak kan kami sokong PAS dipanggil pengkhianat”.
Semakin hampir PRN, semakin ramai ahli PKR san UMNO masuk PAS, wait n see.
Sebab tu korang gelabah biawak sangat kan.
Razak Bidin,
Penjara Kajang.