Dalam seminggu dua ini, ada beberapa insiden penting yang merosakkan reputasi kerajaan campuran PHBN.
Di sebalik imejnya yang saban hari semakin buruk, rakyat pula terkesan menanggung beban hidup.
Impak daripada kegagalan kerajaan PM10 yang amat teruk.
Kali ini bukan lagi untuk tempoh masa 22 bulan. Tetapi kemungkinan besar malapetaka ini akan kekal untuk tempoh 5 tahun mendatang.
Pertama, formula Rafizi ternyata hanyalah teori.
Janji-janjinya sama dengan Presidennya yang ketagih bermain dengan kalimat sakti.
Indah pada kata-kata tetapi kosong tak berisi.
Kedua, pelantikan anak PM sebagai penasihat ekonomi Papa sendiri.
Amat kontradik dengan perjuangannya menentang kronisme dan nepostisme.
Tali leher dibuang, capal dipakai. Konon itulah pemimpin zuhud turun daripada helikopter secara sembunyi-sembunyi.
Ketiga, usaha pemimpin DAP, Nga Kor Ming untuk membawa pakar dari Singapura dalam hal ehwal perumahan negara.
Macam ada sesuatu agenda tersembunyi.
Maklumlah, DAP bukankah anak butir tahi PAP?
Ya, majunya Singapura tetapi hari ini d manakah kedudukan anak-anak peribumi?
Ketiga-tiga insiden ini adalah bikinan kerajaan campuran PHBN sendiri tanpa sedikit pun dicampurtangan oleh pihak pembangkang.
Tetapi apalah sangat hendak dihairankan.
Penceroboh Musang King pun boleh diubah gelaran daripada penceroboh haram kepada pekebun tanpa geran.
Melayu Bumiputera walaupun bekas anggota tentera yang berjasa jangan mimpi setara itu mendapat layanan.
‘Ketakutan’ kerajaan campuran PHBN diduga apabila akaun bank BERSATU dibekukan.
Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya.
Ia memperingatkan kepada kita bahawa kerajaan Amerika sering melakukan perkara begini terhadap musuh-musuhnya.
Musuh akan sukar bergerak dan beroperasi tanpa dana.
Sedangkan PRN di enam negeri dijangka akan berlangsung dalam masa tak sampai 6 bulan.
Akhirnya, rakyat akan terus menyaksikan ‘permainan’ kerajaan PH/BN.
Penontonnya adalah anak-anak muda yang berpelajaran dan bermaklumat.
Pastinya mereka bukan seperti Mat Sabu yang menjadi terompah kayu kepada DAP.
Pastinya mereka bukan seperti Ahmad Maslan yang semberono berhamba kepada Zahid Hamidi.
Anak-anak muda inilah yang akan melakar citra baru; PN Ganti PHBN.
Arus ini cukup deras alirannya setelah UMNO telah menjadi parti sendirian berhad.
Dan PH telah mengulangi sejarah 22 bulan yang amat keparat.
Salam Muhammad