11 babak yang bertentangan dengan aqidah dan mencemar kesucian Islam!
Demi Allah SWT dan Rasul SAW kami tidak akan gentar dengan ugutan saman daripada individu-individu yang terlibat dalam penghasilan filem ’Mentega Terbang’.
Sebaliknya, kami menentang keras cubaan mana-mana pihak yang cuba menghasut dan memurtadkan orang beragama Islam.
Secara umum, kami rela berdepan dengan soal jawab di hadapan Mahkamah Dunia apabila disoal tentang tindakan kami yang menentang sekeras-kerasnya cubaan mana-mana pihak yang cuba mengancam dan mencemar kesucian Islam daripada disoal di Mahkamah Allah SWT tentang tindakan kita yang menikus apabila diugut oleh pihak disebelah sana.
Dengan menonton secara keseluruhan rakaman filem tersebut, jelas sekali Zabidi Mohamed adalah terlindung bawah statutori Akta Fitnah atas perlindungan komen berpatutan yang mana komen-komen yang diterbitkan adalah disifatkan demi kepentingan awam.
Saya dapat senaraikan dengan mudah banyak babak-babak yang secara langsung dan tidak langsung menyebarkan ideologi reincarnation, liberalism dan/atau pemurtadan orang beragama Islam yang mana boleh meracuni pemikiran orang muda.
Antaranya sebagai contoh:
(i) Aisyah yang tidak kesah memakan makanan haram iaitu pau yang berinti bab!;
(ii) Si Ayah menyebut ibu Aisyah yang telah meninggal dunia sudah bertukar menjadi semut;
(iii) Si ayah membenarkan Aisyah untuk memeluk agama lain sekiranya beliau mahu;
(iv) Aisyah memegang anjing tanpa keperluan;
(v) Mereka sekeluarga membincangkan petikan di dalam bible dan bukan merujuk kepada mana-mana surah dalam Al-quran di meja makan;
(vi) Sebelum Aisyah masuk ke dalam masjid dalam keadaan bertudung dan sebaik sahaja berada di dalam masjid beliau terus membuka tudung;
(vii) View tunjuk bontot ayah Aisyah waktu tukar seluar;
(viii) Aisyah mengutuk Jakim yang menghalang pemurtadan. Bila disebut sahaja Jakim ditayangkan rakaman anjing;
(ix) Si ayah siap cuba sembunyikan perkara anaknya yang membawa lelaki bukan mahram masuk ke dalam rumah apabila kantoi dengan abg Kassim jirannya;
(x) Persoalan Aisyah terhadap ibunya, apakah agama yang betul, jawab ibu beliau, who knows!;
(xi) Aisyah minum holy water dihadapan jiran mereka.
Setiap babak yang ditayangkan dalam filem tersebut semestinya ada motif dan sebab tertentu.
Mengapa babak-babak tersebut perlu dimasukkan di dalam filem tersebut?
Isu tukar agama juga telah banyak kali diulang-ulang oleh pihak pengarah dalam filem ini. Apa motif?
Yang peliknya, ada sesetengah pihak yang memuji filem ni atas dasar kita perlu membuka minda kita bahawa adanya individu yang mempunyai masalah seperti ini dan perlu dibantu.
Ada juga pihak yang mengatakan bahawa kita perlu bersifat terbuka dengan isu ini dan mula membandingkan agama antara satu sama lain dan bukan hanya jumud dengan menganuti mana-mana agama tanpa mendalami dan fahami agama kita sendiri. Apa motif?
Saya betul tak faham dengan puak liberal ni.
Kalau betul ini objektif cerita ni.
Kenapa banyak babak-babak yang menyentuh sensiviti orang Islam.
Dah tahu kita amat sensetif bab-bab murtad dan isu pemakanan dan lain-lain.
Agama kita je nampak buruk.
Kalau betul itu matlamatnya kenapa tak komen agama lain juga?
Apakah motif pengarah apabila pengakhiran filem ini ayahnya merestui anaknya untuk menukar agama mengikut kemahuannya. Apa motif?
Tindakan mana-mana pihak yang menghina agama Islam dan menyebabkan agama Islam dipandang hina adalah satu jenayah boleh disiasat bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah.
Pihak yang terlibat dalam filem ini juga boleh disiasat bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
Kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, pihak yang terlibat dalam filem tersebut juga boleh disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lebih mengecewakan apabila pelakon dan pengarah dalam cerita ini adalah orang melayu yang beragama Islam manakala produser dan produksi adalah orang bukan beragama Islam. Apa motif?
Saya sehingga harini masih hairan punya jelas filem ni mengaitkan ideologi-ideologi yang songsang bagaimana Universiti Malaya boleh mempromosikan filem seperti ini untuk ditayangkan di Universiti Mereka? Apa motif?