Hangat mengenai sebuah filem yang berdurasi 1 jam 44 minit ditayangkan di platftorm online Viu, iaitu filem “Mentega Terbang”.
Ia merupakan sebuah filem yang mencetuskan kontroversi hangat di Malaysia bahkan JAKIM juga telah menyatakan bahawa ia adalah filem yang bertentangan dengan akidah umat Islam.
Filem ini mengisahkan tentang watak seorang remaja perempuan sekitar 16-17 tahun iaitu Aishah.
Dia mempunyai seorang ibu yang menghidap kanser manakala ayahnya pula seorang yang berfikiran liberal dan terlalu terbuka.
Tuan Puan,
Terdapat beberapa dialog yang SECARA JELAS MEMPERSENDA DAN MEREMEHKAN AGAMA ISLAM, bahkan membawa mesej PLURALISME AGAMA.
Sebagai contoh, watak Aishah yang mengaku dirinya boleh makan babi dan watak bapanya yang memberi izin kepada dirinya untuk memilih agama lain jika ia mahukan.
Allahu Akbar.
Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, pluralisme agama ialah satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama.
Bagi mereka yang menerima pluraslime dalam beragama:
1. Semua tradisi agama-agama besar dunia adalah sama, semuanya merujuk dan mengisyarat kepada suatu yang suci.
2. Semua agama sama-sama menawarkan jalan keselamatan.
3. Semua agama tidak ada yang muktamad. Hal ini bermaksud, setiap agama mesti senantiasa terbuka untuk dikritik dan diteliti kembali.
Baca penjelasan selanjutnya di sini:
https://muftiwp.gov.my/…/2999-tashih-al-mafahim-8…
Perhatikan juga amaran Allah SWT buat mereka yang memperolok-olokkan agama Islam:
وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِۦٓ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَآ ۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أُبْسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ
Maksudnya: Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa’at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.
(Al-An’am: 70)
Menurut Tafsir Ibn Kathir, ayat ini menyuruh kita agar meninggalkan dan berpaling daripada mereka (golongan yang mempersendakan agama), dan berilah peringatan dengan Al-Quran serta pembalasan Allah dan azab-Nya yang amat dahsyat kelak di hari kiamat.
INI ISU AQIDAH UMAT ISLAM
Tuan Puan, isu ini SANGAT MENYENTUH SENSITIVITI UMAT ISLAM, bahkan ia berkait dengan aqidah.
Sikap “tak apa” dan menganggap ia hanyalah isu biasa bakal mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada umat Islam.
Di media sosial hari ini, kita disajikan dengan begitu banyak drama, filem, lagu dan hiburan sehingga yang benar dan yang bathil seakan bercampur aduk dan menyebabkan masyarakat menghadapi kekeliruan yang sangat besar.
Didalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.
Rasulullah SAW bersabda:
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا: يا رَسُولَ اللّٰهِ، آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قالَ: فَمَنْ
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob biawak padang pasir (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim, hadis sahih)
Allahu Akbar, Islam tidak melarang untuk berfikiran terbuka bahkan menggalakkan kita supaya berfikir dengan akal yang sihat, akan tetapi sedar atau tidak inilah antara bentuk normalisasi ideologi PLURALISME AGAMA yang mula meracuni pemikiran orang Islam.
Agenda ini perlu dibanteras habis-habisan sebelum ia berakar umbi dan meracuni generasi kita akan datang.
Firman Allah SWT:
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.”
(Surah al-Anfal: 25)
SELURUH AGENSI KERAJAAN YANG BERKAITAN PERLU BEKERJASAMA DALAM MENGAWAL PERKARA INI
Tuan Puan,
Filem ini ditayangkan di platform online dan tidak tertakluk kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF), namun kandungannya yang mampu menggugat kefahaman umat Islam tidak boleh dibiarkan sahaja.
Syabas buat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah meneliti kandungan filem ini dan mengesahkan wujudnya pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia.
Selepas ini, JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.
Kerjasama semua agensi kerajaan yang berkaitan amat penting dalam menangani isu sebegini.
Kita tidak mahu platform online yang berada di luar kawalan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjadi satu tempat untuk karya-karya yang bertentangan dengan Islam sebegini mula berkembang.
Nauzubillah min zalik.
Jemput baca ulasan daripada petikan posting FB Tuan Zabidi Mohamed, seorang penulis skrip dan juga penggiat filem pendek patuh syariah:
Filem Mentega Terbang (2021)
1. Ramai buat review puji filem berdurasi 1 jam 44 minit ini yang mula ditayangkan di platform internet @Viu pada 19 Jan 2023.
2. Sinopsis: Aishah (16 tahun) mengkaji Al Quran,Bible,Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan ‘What happen when we die’
3. Penerbit: Tan Meng Kheng & Pengarah Khairi Anwar.
4. Penulis skrip: Khairi Anwar, Arjun Thanaraju, Vishnu Varman & Ting Teng Hui.
5. Setelah menontonnya saya berpendapat filem ini mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy terhadap Islam.
6. Aishah selepas mengkaji semua agama sangat tertarik dengan agama yang percaya pada ‘re-incarnation’ iaitu kehidupan semula selepas kematian dalam dunia yang sama bukan sahaja dalam bentuk manusia tapi juga dalam bentuk serangga seperti semut dan rama-rama.
7. Ada dialoq Aishah kata pada kawan baik berbangsa India ”Saya boleh makan babi. Saya tak kisah”. Saya sangat terganggu dengan dialoq seperti ini.
8. Ayah Aishah dipaparkan sebagai seorang yang solat 5 waktu tapi berfahaman liberal dan bersifat terbuka untuk menerima kebenaran agama-agama lain.
9. Ada satu babak dalam dialoqnya si ayah menyebut dia tidak akan halang jika Aishah memilih agama lain jika itu pilihan anaknya.
10. Filem ini sebenarnya meletakkan agama yang ada ‘re-incarnation’ adalah agama yang paling benar.
11. Secara subtext ‘re-incarnation’ ini diterima oleh Aisyah ketika dia menziarahi pusara ibu bersama ayahnya. Ketika sedang berdoa Aishah nampak ada rama-rama putih hinggap di batu nisan pusara ibunya. Camera closed up pada wajah senyum Aishah lihat rama-rama. Ini subtext bagi menggambarkan Aishah akhirnya pada ending cerita percaya pada agama ‘re-incarnation’.
12. Filem ini menghina,meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan Islam secara terang terangan (blasphemy).
13. Banyak kriteria dan ciri-ciri blasphemy ke atas Islam terdapat dalam filem ini. Cuma untuk Page ini saya hanya dua atau tiga sahaja yang dapat saya sentuh.
14. Insya Allah saya akan buat akademik paper bagi membahaskan kandungan blasphemy filem ini dengan menggunakan methodologi sesuai dan akan bertanggungjawab dengan kajian, pandangan dan dapatan saya.
15. Anda boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangan saya. Sebagai seorang yang beragama Islam saya tetap berpegang kepada kebenaran adalah dengan Islam.
16. Lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman.
17. Filem ini tidak tertakluk pada penapisan LPF kerana ianya ditayangkan di platform internet bukan di panggung wayang.
KAMI BERSAMA PERJUANGAN TUAN ZABIDI MOHAMED
Tuan Puan, dikhabarkan bahawa Tuan Zabidi menerima surat saman kerana perjuangannya menegakkan kebenaran dengan mendesak pihak tertentu untuk padam filem ini dari terus ditayangkan.
Ayuh kita mendoakan perjuangan ini dan sama-sama membanteras agar tidak ada lagi mana-mana penerbit, pengarah filem mahupun penulis skrip yang berani menerbitkan filem sebegini.
“WALAU APAPUN PRINSIP YANG KITA KENDUNG, ISLAM TETAP KENA JUNJUNG” -TUAN ZABIDI
ALLAHUAKBAR
DOA SUPAYA DITETAPKAN HIDAYAH
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
( Surah Ali-Imran : 8 )
Semoga dengan kita memohon bersungguh-sungguh supaya diberi hidayah, Allah SWT menyelamatkan kita daripada terjatuh ke lembah dosa maksiat yang hitam dan melemaskan.
Semoga bermanfaat buat semua.
Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan