Buktikan Pakatan Dan Umno Kerajaan Perpaduan

Buktikan Pakatan Dan Umno Kerajaan Perpaduan

“Kini sekali lagi PAS mula mengambil langkah untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan dan mengembalikan semula kerajaan tajaan PAS. Ia terjadi sekali sebelum ini. Jadi, (mereka akan) mencuba lagi untuk kali kedua. Hadi sudah memberi amaran pada awal Mac 2023. Jadi, tunggu dan lihat,” kata Shahrir dalam catatan Facebook. (1)

Cerita sama yang memenatkan.

Pada 2018, Mahathir membiarkan PPBM mengambil orang Umno, dan tiada seorang pun dalam Pakatan menentangnya.

Pada tahun 2020, apabila geng PPBM dan Azmin melompat, giliran Pakatan pula yang membuat bising, tetapi Umno dan PAS tiada masalah.

2023, anda mengharapkan orang melompat sekali lagi, jadi anda mengadu bahawa PAS merancangnya.

PAS boleh buat tanpa orang dari Pakatan atau Umno lompat ke?

Kenapa tak tanya siapa yang bakal nak lompat dan buat sesuatu untuk memastikan team sendiri tak nak lompat?

Bukan PAS yang nak lompat sini kan?

Serius la. Pakatan dan Umnolah yang melakukan keseluruhan kempen pemasaran kerajaan perpaduan.

Kalau betul kerajaan perpaduan, Shahrir tak akan cakap kena berhati-hati dengan PAS.

Shahrir akan dengan penuh semangat dan keyakinan akan kata tiada siapa dari Pakatan dan Umno nak sertai kerajaan bersama Perikatan Nasional.

Mak Khuin Weng – マク

  1. Shahrir Samad dakwa pemain utama PAS dalam ‘Sheraton Move’ merancang untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan PM Anwar – https://www.malaymail.com/…/shahrir-samad-claims…/58187
Kolumnis