Kepada semua penyokong PN, harap jangan fitnah perlantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA ini, lantikan politik.
Ia sangat jauh berbeza dengan penangguhan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra dahulu.
Kes Ahmad Jazlan lain, sebab beliau ialah ahli politik tulen.
Menang kerusi Parlimen Machang selama dua penggal.
Selepas itu dilantik menjadi Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Manakala Asyraf kalah semua kerusi yang dia bertanding, tidak pernah menang.
Dilantik menjadi sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui lantikan Senator, sebab kalah tiga kali PRU.
Semalam, sudahpun melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno.
Jadi Asyraf bukan lagi ahli politik.
Dan kalau dia masih menjadi ahli politikpun, tak guna juga sebab tak pernah menang.
Diapun sudah mengaku yang dia telah menyiapkan CV nya beberapa hari lalu untuk mencari kerja baru.
Oleh itu perlantikan ini adalah mengikut kehendak, garis jalur, kemadanian pentadbiran PMX yang tidak mahu ahli politik mengetuai GLC.
Kalau PMX dah janji tiada lantikan politik, dia akan kotakan.
PMX tidak pernah lupakan janji-janji beliau.
PMX kita, mana ada pernah mungkir janji.
Orang PN memang suka dengki, kaki fitnah booooo…..
Namun cita-cita Asyraf untuk menjadi Menteri Kewangan suatu masa dahulu, terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
Antara lain sebabnya kerana sekarang, wang KWSP hanya boleh dikeluarkan melalui cagaran kepada bank.
Beliau tidak mahu berlaku perselisihan faham atas desakan hebat beliau dahulu ke atas PM untuk pengeluaran KWSP itu.
Beliau masih berjuang pasal KWSP, cuma tunggu masa sesuai jer untuk dia bising balik. Sabarlah sikit.
Mohd Nasir Abdullah