Petronas Catat Pendapatan, PAT Tertinggi Dalam Sejarah

Petronas Catat Pendapatan, PAT Tertinggi Dalam Sejarah

Alhamdulillah, bangga aku rasa sebab bekas syarikat lama aku dan juga syarikat minyak negara Petronas, menjana untung tertinggi.

Sekarang nampak tak?

Kepada semua rakyat Malaysia, terutama penyokong PN yang tak cerdik, bijak tak PH perintah negara?

Ekonomi Malaysia jadi hebat, berkembang pesat dalam masa 100 hari?

Antara lain strateginya ialah:

1-Kalau harga minyak diturunkan dalam masa 24 jam selepas PMX naik sebagaimana desakan penyokong PN, mana mungkin Petronas boleh untung begitu banyakkan? Saya ulang…..!!! Penyokong PH dah tahu, tapi penyokong PN pentingkan diri, padahal 50 sen jer beza harga minyak dengan sekarang, itupun berkira taik hidung masin, selalu nak salahkan PMX.

2-Kalau diberikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar petroleum, Petronas tak akan untung sebanyak ni.

3-Inilah tanda kehebatan PH memerintah, dipercayai dunia. Baru beberapa bulan, Petronas dah dapat rekod untung tertinggi. RM yang jatuh teruk baru-baru ink adalah dummy dari pakar ekonomi yang terdiri dari anak Papa sendiri, sahaja sengaja mahu buat kejutan keuntungan Petronas ini. Mesti ramai yang tak sangka, kan?

4-Keberkatan dalam pemerintahan PMX. Baru jer dua malam lepas beliau hadir dalam majlis selawat bersama 15 ribu rakyat, rakyat Malaysia terus menerima berita gumbira ini. Lihatlah betapa barokahnya mengalir melalui PMX.

5-Beza antara kehebatan PMX dan juga Menteri Kewangan sekarang, berbanding dengan PM yang juga merangkap menjadi Menteri Kewangan dahulu, yang tiada apa yang boleh dibanggakan. Walaupun penyokong PN mendesak agar PMX tidak menjadi Menteri Kewangan, namun, angka-angka kejayaan ini, tidak menipu. Penyokong PN terpaksa menelan kepahitan ini.

Tu pun tak nampak lagi fakta-fakta nyata ni?

Tapi yalah, kalau dah asyik fitnah jer, mana nak nampak kebenaran Papa Zola, kan?

Eh, bukan ke kiraan keuntungan Petronas ni untuk tahun lepas?

Arrh, tak kira, tahun bila-bila. Siapa jadi kerajaan, tu kena kira kejayaan dialah.

Kecuali hutang negara.

Yang tu kena kerajaan lama bertanggungjawab. Odo omo…

Kepada kawan-kawan yang masih di Petronas, jangan lupa belanja masa dapat bonus tu

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis