Bila dia rancang nak buatkan MB Terengganu malu, malu tu datang balik kat dia, sekejap sahaja dan lebih kurang sama macam yang dia buat, tapi kesannya lebih pedih kepada dia sebab Raja Saudi tidak berjumpa dengan dia.
Bila dia pakat ratib nak malukan Presiden PAS dengan menuduh ponteng Parlimen, malu itu datang balik kepada dia, lebih teruk sebab menteri tak ada nak menjawab, timbalan yang ada pula, takleh jawab, tak ada jawapan yang disediakan.
Bila dia nak malukan kata PAS sokong perasuah (dulu kata PAS yang rasuah), malu itu lebih parah sebelah dia dengan tertuduh 47 kes rasuah ada sebelah kerusi yang dia duduk manakala pesalah kes rasuah yang sedang menjalani hukuman juga menyebelahi dia.
Bila dia kata PN buat salah kerana melantik orang politik dalam GLC, dia mendapat malu yang lebih hebat dengan seorang demi seorang Umno masukkan orang-orangnya dalam GLC.
Lebih memalukan, anak sendiripun dia lantik, sedangkan dia sendiri yang janji tak mahu buat.
Bila dia nak permalukan PAS dengan tuduh PN ditaja dengan dana tauke judi, malu itu terpercik ke muka dia semula dengan tiada satupun premis judi diharamkan di Malaysia oleh kerajaannya dan dalam negeri-negeri bawah kekuasaan mereka menutup pusat judi, sebaliknya negeri-negeri PAS memerintah, semua premis judi telah dan Perlis, akan ditutup.
Bila dia nak malukan Terengganu dan berhajat mahu melemahkan pentadbiran kewangan Kerajaan Negeri dengan mahu menyekat royalti petroleum, tiba-tiba bersusun gambar dan video lama keluar yang dia sendiri berjanji dan menandatangani untuk memberikan 20 peratus royalti kepada Terengganu dan negeri-negeri pengeluar minyak yang lain.
Bila dia nak hina maruah PAS dengan menuduh PAS menunggang dan salah guna agama, maka rakyat dapat lihat sendiri dia pergi menonton konsert yang terdedah sana sini, menari berjoget dengan bukan mahram, boleh berkuliah agama dan selepas itu ke majlis joget Tamil, bersalaman tidak kira dengan perempuan mana.
Bila dia nak malukan PN dengan tuduhan salah guna wang kerajaan RM600B, menteri kerajaan dia sendiri menafikan adanya berlaku penyelewengan dan dia sendiri yang kurangkan jumlah selepas itu menjadi beberapa juta sahaja dan akhirnya tak tahu macamana kes itu.
Bila dia nak malukan PAS dengan mendakwa PAS yang berjanji itu dan ini masa berkempen, bukan dia, maka tidak putus-putus video ceramah yang dia janjikan macam-macam kepada rakyat, tersiar ke seantero dunia.
Bila dia nak malukan PAS dengan mendakwa negeri pembangkang menerima peruntukan terbesar belanjawan, segera Allah tunjukkan yang rupanya dia tidak pandai mengira dan tidak tahu jumlah mana yang lebih besar.
Begitulah, kerja kita yang menyokong PN, menjadi lebih mudah dengan semua cubaan memalukan PN, ditangkis oleh mereka sendiri samada dengan penipuan mereka dizahirkan atau sememangnya mereka dungu.
Jika Allah berkehendak, tiada apa yang dapat menghalangnya.
Tadi aku ada dengar KJ berdiskusi dengan mantan Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan. KJ sebut kegagalan PMX menemui Raja Saudi dan Putera Mahkotanya adalah “Huge Political Belanda”.
Sebab apa dia sebut Belanda?
Apa kaitan Belanda dengan Saudi dan Malaysia.
Atau ada isu eksport Durian Belanda ke sana?
Atau ada nak buat projek ternak ayam Belanda di sana?
Aku tak faham apa kaitan Belanda?
Belanda tidak layakpun ke Piala Dunia
Mohd Nasir Abdullah