Jika Politik Penuh Penipuan, Mana Mungkin Dapat Sokongan Rakyat

Jika Politik Penuh Penipuan, Mana Mungkin Dapat Sokongan Rakyat

Dalam politik, jika asas tak betul, semuanya jadi tak betul

Bukan main lagi ultra kiasu mencanangkan kerajaan hari ini semakin mendapat sokongan rakyat.

Tertanya-tanya saya, atas dasar apa? Kajian daripada mana? Setahu saya, semakin jauh daripada rakyat.

PRN di enam buah negeri tidak lama lagi, akan menentukan, apakah benar-benar pimpinan kerajaan hari ini mendapat sokongan rakyat.

Jangan pergi jauh, Kelantan, Terengganu dan Kedah, ikut ramalan, sudah berputih mata, meskipun pimpinan kerajaan, mahu mengadakan rumah terbuka di ketiga-tiga buah negeri tersebut.

Tidak mustahil, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan tumbang.

Kenapa saya berkata sedemikian?

Asas pembentukan kerajaan ini penuh dengan ‘penipuan dan kemunafikan’. Bagaimana ia boleh bertahan lama?

Tidak perlu saya ulang akan ‘penipuan dan kemunafikan’ tersebut. Semua orang sudah tahu. Tunggu dan lihat, sejauhmana ia dapat bertahan.

Kita ingatkan, sekadar mahu mendapat kuasa, cukuplah dengan ‘penipuan dan kemunafikan’ tersebut, ini tidak terbawa-bawa hingga ke hari ini, meskipun sudah hampir enam bulan berkuasa.

Macam dikejar dengan bayang-bayang sendiri.

Saya ingatkan, saya sahaja, digam dan diban daripada masuk TV kerajaan. Rupanya ramai lagi, termasuk penyanyi Dayangku Intan. Hanya, gara-gara, berlainan parti.

Paling pelik, rakan saya, tidak berparti, tetapi kami sekali dalam NGO Muafakat Nasional, pun digam dan diban.

Kalau saya, ada munasabahnya. Walaupun saya tidak berparti, tetapi saya menganalisis politik.

Ini sahabat saya dalam NGO Muafakat Nasional, seorang aktivis kemanusiaan yang dikenali ramai, Puan Lila Ruzaini Husain.

Siapa tidak kenal beliau, peringkat negara dan antarabangsa?

Sudah beberapa kali media kerajaan menjemputnya, saat akhir dibatalkan siarannya.

Semalam, dipanggil lagi, seperti siaran poster, dibatalkan saat akhir, beberapa minit sebelum bersiaran, sampai penerbit TV tak sanggup menahan malu. Rujuk poster.

Alasannya, ‘arahan daripada menteri’.

Puan Lila kata, dia mahu surat bertulis daripada Menteri yang mengarahkannya. Masukkan TV bukan dibayar pun. Malah Puan Lila inilah yang antara yang paling banyak membantu media kerajaan ini melalui program bantuan kemanusiaan.

Puan Lila kata lagi, “I will fight till the end”

Kalau sudah gam dan ban, janganlah undang lagi, jangan permainkan orang. Ini tidak dipanggil lagi, saat akhir, dua tiga minit sebelum bersiaran langsung, arahan daripada Menteri.

Menteri cap ayam apa ini? Kita ingatkan kerajaan hari ini lebih terbuka, tetapi nampaknya makin tertutup.

Demokrasi apakah yang sedang diperkatakan.

Pura-pura bertakbir macam orang alim, tetapi hidup dalam pembohongan dan kemunafikan.

Dahulu, saya pun begitu, saat akhir dibatalkan, alasan sama, arahan daripada menteri. Rujuk poster.

Media Kerajaan ini seperti TV radio ini kepunyaan rakyat. Dananya datang daripada kerajaan.

Sama juga pengumuman cuti tambahan raya dan pengecualian tol selama tiga hari.

Siapa yang akan bayar semua ini, jawapannya duit rakyat.

Kalaulah yang umumkan cuti dan pengecualian tol itu, duitnya datang daripada poket pemimpin kerajaan wajarlah. Itu baharu namanaya ihsan.

Ini tidak, duit rakyat. Peniaga besar seperti Pasaraya Mydin, mengeluh, kerugian, apabila cuti tambahan raya diumumkan.

Memang, kepada yang mahu bercuti dan beraya, ia pengumuman yang menggembirakan tetapi, siapa menanggung rugi, rakyat.

Pendekatan populis nampak macam baik, sebenarnya tidak.

Nasihat saya, sempena Hari Raya Aidilfitri ini, hari raya fitrah, kembalilah kepada fitrah untuk membangunkan dan memajukan negara tercinta.

Jangan hidup dengan penuh kepura-puraan, pembohongan dan kemunfikan. Percayalah, ia tidak akan bertahan lama.

Nampak seolah-olah baik, sebenarnya di mata rakyat, ia tidak baik.

Nampak seolah-olah betul, sebenarnya, di mata rakyat, ia tidak betul.

Buatlah apa sahaja sekali pun. Saya masih ingat lagi, 22 tahun PH memerintah selepas PRU14, buatlah apa sahaja pun, nampak seolah-olah baik, tetapi di mata rakyat, berlaku sebaliknya.

Kenapa? Jawapan mudah, asasnya tidak betul, sepanjang perjalanan untuk mencapai matlamat, walaupun nampak baik, tetapi tetap tidak betul.

Insaflah wahai pemimpin negaraku. Belajarlah erti ikhlas dalam perjuangan.

Jangan hidup dalam kemunafikan dan hipokrasi.

Paling kelakar apabila pemimpin ultra kiasu Pulau Pinang kata, PH-BN sasar menang besar pada PRN agar kerajaan P Pinang berbilang kaum.

Ultra kiasu DAP negeri itu juga berkata, kemenangan besar DAP tanpa rakan kongsi akan menyebabkan kerajaan negeri baharu dilabel sebagai kerajaan bukan Melayu, berbanding pembangkang yang didominasi anggota Melayu-Islam.

Pemimpin macam ini pun ada. Nama pun negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, biasalah, jika dominasinya Melayu.

Jika tidak mahu dominasi Melayu, carilah negara seperti Cina dan India. Bukanlah itu asal-usul kamu

Sejarah membuktikan, di negara ini, sama ada dominasi Melayu atau tidak, apabila Melayu Islam memimpin negara ini, nasib bukan Melayu (bukan Islam) sentiasa terbela dan terjaga.

Paling ketara, bukan Melayu bagi rasuah kepada Melayu, yang masuk penjara, adalah Melayu. Bukan Melayu kaya raya, Melayu masuk dalam penjara. Hebatkan.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis