Tidak pernah berlaku dalam Sejarah Politik di Malaysia Abad ini di mana 30 pemimpin tertinggi DAP terpaksa berkumpul hanya memikirkan tentang seorang individu yang digeruni ini.
Siapakah… Individu Yang Paling Digeruni DAP..???
Selepas bekas PM Tun Dr M kembali melutut kepada Lim Kit Siang, kini satu-satunya lelaki yang paling digeruni DAP adalah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Sebabnya PAS pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi pernah berada dalam Pakatan Rakyat (PR) gabungan 3 parti DAP, PKR & PAS dari tahun 2008 hingga 2015.
3 tokoh penting pimpinan PR adalah Lim Kit Siang (DAP), Anwar Ibrahim (PKR) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi (PAS).
Kebetulan, ketiga-tiga tokoh itu dilahirkan dalam tahun 1940-an, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
Kit Siang lahir tahun 1941, kini usia 76 tahun, Anwar dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi lahir 1947 yang kini berusia 70 tahun.
Tuan Guru Hj Abdul Hadi bukan anak kecil dalam politik, sejak 1964 sudah mula aktif dalam politik ketika masih belajar di Sekolah Menengah.
Beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Ranting (Cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang.
Pada 1964, Singapura telah menyertai Malaysia dan Kit Siang ketika itu di Singapura sebagai Wartawan dan Tali Barut PM Lee Kuan Yew.
Ketika PAP menyertai PRU Malaysia 1964, Kit Siang ditugaskan menjadi pemantau parti dari Singapura itu.
Malah, ketika Singapura disingkirkan dari Malaysia 1965, beliau masih menetap di Singapura dan berpihak kepada PAP pimpinan Kuan Yew.
Kit Siang hanya kembali ke Malaysia 1966 diutuskan PAP untuk menerajui Parti Baharu yang ditubuhkan dinamakan DAP.
Sebagai anggota PR, Tuan Guru Hj Abdul Hadi tahu luar dalam dan sepak terajang strategi DAP untuk menawan Putrajaya sama ada dalam PRU 2008 & PRU 2013.
Pada10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan menyabitkan Anwar bersalah sebagai penjenayah liwat yang memaksanya untuk kembali semula meringkuk di Penjara Sungai Buloh.
Ketiadaan Anwar menyebabkan kedudukan Kit Siang mula terancam kerana berhadapan secara langsung dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi.
Sebelum ini, Kit Siang memperalatkan Anwar untuk menjayakan misi DAP.
Anwar dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen selepas PRU 2008, meskipun ketika itu DAP mendominasi PR dengan DAP (28), PKR (25) dan PAS (23).
Pada awalnya, selepas keputusan PRU 2008 diumumkan Mac 2008, PKR mendahului dengan PKR (31), DAP (28) dan PAS (23), namun kira2 8 bulan selepas itu kedudukan kerusi PKR merosot setelah 6 Ahli Parlimennya melompat parti.
Keluarnya, 6 Ahli Parlimen PKR iaitu N Gobalakrisnan (Padang Serai), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zaharin Mohd Hashim (Bayan Baru), Mohsin Fazli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) menyebabkan DAP mula mendominasi dengan DAP (28), PKR (25) dan PAS (23).
Namun, Kit Siang sebagai Ketua Ahli Parlimen DAP mempunyai strategi politik jangka panjang mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
DAP memerlukan Melayu jenis Anwar yang boleh diperalatkan dan digula-gula dengan jawatan dan wang ringgit tetapi dalam masa sama parti serpihan PAP itu bermaharajalela mencatur politik Malaysia.
PRU 2013, permainan licik DAP makin ketara bila tetap membonekakan Anwar sebagai Ketua Pembangkang meskipun keputusan mencatatkan parti ‘Anak Butir Tahi PAP’ itu mempunyai Ahli Parlimen paling ramai di kalangan PR di Dewan Rakyat dengan DAP (38), PKR (30) dan PAS (21).
Itulah kelicikan berpolitik DAP untuk mencapai misi parti mereka, sanggup memboneka, memberi wang dan jawatan kepada individu Melayu seperti Anwar..
DAP kehilangan tokoh untuk diperalatkan selepas Anwar dipenjarakan.
Walaupun Wan Azizah menggantikan tempat Anwar, namun Wan Azizah seperti tidak wujud.
Kelemahan karisma Wan Azizah menyebabkan kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi semakin menyerlah, namun Kit Siang menolak Tuan Guru Hj Abdul Hadi memimpin PR kerana Presiden PAS itu tidak boleh diperalatkan dan dirasuah dengan habuan jawatan dan duit seperti Anwar.
Bimbang dengan kemaraan Tuan Guru Hj Abdul Hadi menjadi saingan Kit Siang dalam PR pada 23 Mac 2015, DAP membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
Bayangkan Kit Siang terpaksa menggunakan 30 orang anggota CEC DAP semata-mata untuk membincangkan satu batang tubuh seorang lelaki Melayu bernama Tuan Guru Hj Abdul Hadi.
Mesyuarat CEC DAP yang semata-mata membincangkan sosok tubuh Presiden PAS merupakan bukti ketakutan Kit Siang terhadap Tuan Guru Hj Abdul Hadi.
Keputusan Kit Siang yang menggunakan CEC DAP agar pelik, iaitu memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS tetapi masih mahu meneruskan hubungan politik dengan “Akar Umbi PAS”
Mulanya, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak faham siapakah “Akar Umbi PAS’ yang dimaksudkan DAP itu..?
Namun selepas Jun 2015, bila team “PRO DAP” pimpinan Us Ahmad Awang dan M Sabu tewas pemilihan merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar tahunan PAS kali ke-61, team ini kemudiannya keluar parti dan menubuhkan parti baharu yg dinamakan Parti Amanah Negara (PAN).
Maksudnya, “Akar Umbi PAS” yang ditakrifkan DAP merujuk kepada Us Ahmad Awang (tewas jawatan Presiden PAS), Mohamad Sabu (tewas jawatan Tim Presiden PAS) dan Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang ketiga-tiga mereka tewas untuk jawatan Naib Presiden PAS.
Selain itu, “Akar Umbi PAS” yang pro DAP termasuk juga Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkifly Ahmad, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Siti Mariah, Suhaizan Kayat dan lain-lain yang kesemua mereka tewas dalam pemilihan PAS.
Selepas PAN didaftarkan sebagai Parti, DAP membubarkan Pakatan Rakyat bagi menyingkirkan pengaruh Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan PAS.
PR kemudian diganti dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR dan PAN.
Walaupun PAS berada di luar PH, namun pengaruh Tuan Guru Hj Abdul Hadi masih menghantui Kit Siang.
Pelbagai usaha dilakukan Kit Siang bersama sekutunya, PKR dan PAN untuk melemahkan pengaruh Tuan Guru Hj Abdul Hadi termasuklah memberi pelbagai LABEL buruk dan menuduh PAS ada hubungan sulit dengan UMNO.
DAP memperalatkan Rafizi menuduh Tuan Guru Hj Abdul Hadi menerima Dana IMDB semata-mata untuk memburukkan imej Presiden PAS itu.
Namun tuduhan itu sekadar tohmahan fitnah tanpa bukti.
Hakikatnya, DAP khususnya Kit Siang amat takut dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi, sekali Presiden PAS itu buka mulut dan mendedahkan tembelang DAP, ia pasti menusuk hingga ke Tulang Sum-Sum.
Note:
Kata Saidina Umar Al Khattab (Penakluk Kota Jerusalem) : “Kita Dimulia Oleh ALLAH Kerana ISLAM, Kita Akan Menjadi HINA apabila Meninggalkan (Perjuangan) ISLAM”.
Tok Batin Menyumpit