Baru semalam rasanya pemuka-pemuka PAN turut menyanyikan lagu ‘Hoi, HoyaHoi’, bersama-sama rakan sekutunya PKR dan DAP.
Kebencian PAN pada UMNO bukan kaleng-kaleng kebencian.
Kemarahan PAN kepada UMNO bukan kaleng-kaleng kemarahan.
Benci dan marahnya berada pada puncak carta seteru politik.
Malah perlu diingat kembali, lahirnya PAN adalah manifestasi kebencian yang tiada kompromi terhadap UMNO.
Sejarah menceritakan bagaimana sebahagian besar AJK PAS Pusat menyanggah Presiden dan melawan parti sendiri.
Antara pemuka yang sangat vokal menentang dan menghina Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang waktu itu ialah Khalid Samad, Hanipa Maidin, Mujahid, Husam Musa, Mat Sabu dan ramai lagi.
Dakwaan mereka ialah PAS mahu tubuhkan Kerajaan Perpaduan ( UG ) bersama UMNO.
Para pemuka ini sangat alergik apabila mendengar nama UMNO.
Lantas menyerang Presiden PAS, mewujudkan gerakan G18 dan akhirnya menubuhkan parti AMANAH atau PAN setelah tewas ditolak secara total oleh perwakilan muktamar.
Maknanya, sejarah tertubuhnya PAN adalah kerana mereka berkelahi dengan PAS atas isu kerjasama dengan UMNO.
Sejak itu sehinggalah PRU15, golongan yang wala’ kepada pemimpin DAP ini menyerang PAS kerana UMNO.
Sentuh saja DAP, PAN akan bangkit keras membela dan mempertahan.
Mana-mana pemimpin PAS yang menyerang pemimpin DAP, pemuka dan penyokong PAN akan bangun dengan maki dan seranah.
Ada saja pertemuan-pertemuan antara pemimpin PAS dan UMNO, mereka akan mula ketar lutut ingin membelasah dan menyindir.
Pada 18 November 2022, klimaks kebencian PAN terhadap UMNO dapat dirasai melalui gema-gema irama lagu ‘Hoi, Hoyahoi!’ yang menerawang dalam setiap majlis kempen PH.
Apa mereka tak kata kepada UMNO.
Selaklah kembali berita-berita politik dan youtube serta medsos yang lain.
Gelaran perompak dan penyamun dihambur berangkai-rangkai di pentas-pentas ceramah.
Tiba-tiba sehari selepas PRU15, mereka terkinja-kinja macam lotong naik stim mencari lokasi terbaik untuk berpakat dengan UMNO yang baru semalam mereka gelar sebagai perompak dan penyamun, untuk membentuk kerajaan.
Hiisss, memang tak masuk akal.
Bumi ini dah rasa macam tunggang terbalik.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik moden, sebuah parti yang begitu alergik dengan sebuah parti lain tiba-tiba dalam masa dua tiga hari boleh menelan kahak sendiri.
Muka tak peduli tertampal kulit babi.
Itulah PAN. Itulah sebuah wajah perjuangan yang sukar diungkapkan.
Prinsip, maruah dan kejujuran umpama najis dan sisa-sisa makanan yang mengejar tangki kumbahan.
Adunan antara najis dan sisa makanan itulah hari ini yang mengajak rakyat menolak PAS/PN.
Adunan cemar itulah hari ini yang ingin merampas Kedah, Kelantan dan Terengganu dari tangan PAS.
Masih adakah baki wibawa dan air muka?
BayangDiAir