PN Selangor sasarkan 33 kerusi DUN untuk menguasai kerajaan negeri dalam PRN Selangor ke 15.
Terbaru PH pula sebut, ia yakin sapu 50 dari 56 kerusi sekaligus mempertahankan Selangor di tangan mereka.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PH Selangor keyakinan ini berikutan kesepakatan politik yang terjalin antara PH dan BN.
Kononnya melalui pengaruh BN khasnya Umno PH akan memperolehi kekuatan baru.
Tambahnya walaupun PN menang 6 kerusi dalam PRU Parlimen baru-baru ini ianya diperolehi kerana berlaku pertandingan 3 penjuru iaitu saingan antara PH, BN dan PN.
Kini PH dan BN dah bersekongkol pasti PN yang akan tewas.
Apa pun kita menghormati pandangan dan keyakinan mereka itu. Tak salah bermimpi. Teruslah bermimpi.
Kesepakatan PH BN adalah perkahwinan paksa.
Ia terjadi kerana pimpinan tertinggi masing-masing punya agenda peribadi.
Satu tak sabar nak jadi PM satu lagi nak selamatkan diri.
Ianya bukan permuafakatan sebenar apatah lagi permuafakatan politik ummah kerana PH didominasi DAP.
Akar umbi Umno seluruh Selangor tidak senang dan resah kini dipaksa menjalin hubungan dengan DAP yang mereka cukup kenal.
Mereka mahukan MN dan cukup kecewa bila pimpinan parti memutuskan hubungan itu dan memilih PH.
Pemecatan bekas Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar kerana mempertahankan politik penyatuan ummah cukup dikesali ahli-ahli dan penyokong Umno.
Umno akan membayarnya dengan harga yang mahal dan PH yang kini mendukung BN akan turut memikul bahananya.
Katalah apa pun umat Melayu di Selangor sukar menerima apalagi mempercayai DAP.
DAP dilihat sebagai ancaman kerana pendekatannya yang rasis dan ekstrimis di kacamata mereka.
PH jangan harap BN boleh membantu mereka dalam hal ini.
Keputusan PR Parlimen Padang Serai iaitu selepas pembentukkan kerajaan campuran bawah PM 10 wajar dijadikan panduan.
Pengundi Melayu yang melihat perkahwinan PH DAP dan BN Umno telah memberi reaksi memenangkan calon PN dengan majoriti lebih 16, 000 undi.
Hakikatnya PH adalah liabiliti buat BN dan demikian juga BN buat PH.
Biarlah PH yakin boleh menang besar. Kita sebaliknya berpijak di alam nyata.
Hari ini BN tiada kerusi Parlimen di Selagor, ahli-ahlinya sukar menerima DAP, dan mereka rasa tertipu apabila mendapat layanan kelas ketiga dari DAP, PKR dan PAN.
Berseronoklah dengan mimpi kamu. Kami dengan keyakinan kami
Rakyat Selangor adalah penentu.
Roslan SMS