Pihak BN Kedah dan PH Kedah tiada political will untuk menjayakan perancangan membina KXP dan Kedah Aerotropolis.
Slogan PRN mereka “Kalih Bagi Sama” sememangnya mereka akan menurut sahaja percaturan pusat akan selari dengan pendirian kerajaan pusat – tidak akan teruskan projek Kedah Aerotropolis.
BN Kedah dan PH Kedah akan akur dengan pendirian PMX dan Kerajaan Madani untuk melonggokkan kekayaan, kecanggihan, kepesatan ekonomi kepada Pulau Pinang.
Bagi mereka, asalkan “Kalih Bagi Sama” sudah cukup untuk sama-sama membahagi-bahagikan laba jawatan di peringkat negeri.
Dapat gaji dan elaun sudah cukup, tak perlu fikir benda sukar.
Rakyat Kedah nak cari kerja, boleh pergi ke Pulau Pinang.
Mungkin begitulah sifir formula Madanon.
Selama 13 tahun projek KXP dirancang, dianalisa, dibuat pelbagai kajian dan perangkaan dari sudut ekonomi, sosial, geopolitik, geososial, alam sekitar dan sebagainya – MB Sanusi tidak mahu semua usaha 13 tahun yang menelan kos yang tidak sedikit – menjadi sia-sia – harus dimulakan segera.
Beberapa prosedur yang menjadi halangan awal berjaya diselesaikan ketika zaman PM8 dan PM9.
Hanya beberapa prosedur lagi terpaksa dilalui pada zaman PMX, tetapi kelihatannya tersekat dengan titah PMX yang sehingga hari ini mungkin masih blur tidak mendapat gambaran sebenar mengenai Kedah Aerotropolis.
Perancangan dan kajian keperluan untuk membina KXP itu bukan Sanusi yang fikir dan buat kerja.
Semua kerja itu dibuat oleh agensi-agensi kerajaan dan pakar-pakar ekonomi, pakar penerbangan dan sebagainya.
MB Sanusi hanya membawa political will untuk menjayakan dan speed up the process yang berkaitan dengan birokrasi.
Apa yang BN Kedah dan PH Kedah sedang fikir untuk kemajuan negeri Kedah bagi jangka panjang? TIADA.
Mereka hanya mampu fikir kerja-kerja kecil untuk memancing undi sahaja seperti halnya menjana idea menu rahmah, simen rahmah, tiket kapal terbang rahmah dan segalanya berkisar tentang sokongan pengundi.
Tiada big dream melainkan hanya bertempek dengan mimpi PMX sahaja.
Sedangkan MB Sanusi meletakkan target yang besar mahu mengangkat negeri kelahirannya menjadi The Greater Kedah dengan slogan “Kedah tempat orang miskin berteduh, orang kaya menabur bakti” – dengan menggembeling seluruh keupayaan dan sumber negeri.
Kedah Aerotropolis hanyalah salah satu segmen dalam perancangan menjadikan The Greater Kedah.
Pemimpin BN dan PH Kedah sangat lemah dan tidak memiliki cita-cita besar seperti pemimpin DAP di Pulau Pinang – yang mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai kuasa ekonomi tunggal wilayah utara – The Greater Penang.
Mereka hari ini hanya menunggang populariti PMX dan kerajaan madani di pusat sahaja sebagai daya tarikan untuk meraih undi dalam PRN kelak.
Lihatlah idea-idea mereka dalam kempen Jelajah Bas Madani.
Senaraikan apa idea besar mereka untuk mengambil alih Kedah?
Tiada benda lain melainkan hanya sembang mahu “Kalih Bagi Sama”, MB Sanusi LokLaq, Kedah ayaq tadak, Sanusi Berdalih dan seumpamanya sahaja.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa