‘Mileage’ Politik Atau Keadilan Itu Bersifat ‘Double Standard’

‘Mileage’ Politik Atau Keadilan Itu Bersifat ‘Double Standard’

Rakyat secara umumnya terkilan apabila begitu cepat pihak-pihak berkepentingan dalam UMNO cuba memohon pengampunan untuk Najib.

Belum setahun pun Najib merengkuk di penjara.

Kesalahannya amat besar sehingga memudaratkan ekonomi dan imej negara di dunia global.

Dosanya bukan sahaja terhadap negara tetapi juga kepada rakyat.

Malangnya, ada pihak yang beriya-iya untuk membebaskannya sedangkan rakyat yang mencuri barangan yang bernilai R12 000 pun merasa penjara 6 tahun.

Ada sesiapa kisah untuk meminta pengampunan baginya?

Kalau dia seorang ahli UMNO pun, ada UMNO kisah?

https://www.astroawani.com/…/lelaki-mengaku-salah-pecah…

Kes pengampunan ini ada kaitan dengan mencari ‘mileage’ politik dalam UMNO dan PH.

Konon Najib masih ramai penyokong setia.

Konon aura Najib masih berguna untuk mencari tempat yang strategik dalam parti hoiyahoi.

Manakala bagi pemimpin PH yang menentang usaha ini pula mencari mileage politik agar rakyat tidak menolak mereka kerana bersengkongkol dan menggadaikan prinsip yang diuar-uarkan selama ini.

Persoalannya, adakah keadilan sekular bersikap ‘double standard’?

Adakah rakyat marhaen yang cemar mampu mencari ruang bernafas dengan memanjat pelbagai tangga mahkamah?

Jika tersangkut di Mahkamah Majistret atau Mahkamah Tinggi, mampukah mereka mengadu nasib ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan?

Sekarang rakyat nampak yang untung dengan kewujudan pelbagai tingkat mahkamah ialah orang yang berharta sama ada mereka figura politik atau perompak besar.

Hukuman seolah-olah boleh ‘dilengah-lengahkan’.

Itu tidak kira lagi perbicaraan yang tidak dapat dijalankan kerana defendan mengadu sakit gigi.

Akhirnya, para pengampu akan terus berusaha mencari keampuan demi mileage politik masing-masing.

Dosa-dosa akan cuba dilupakan dan diampunkan oleh manusia-manusia yang tak layak memberi ampun.

Hak memaafkan dan mengampunkan hanyalah hak Allah Yang Maha Adil.

Malangnya undang-undang sekular yang dibangga-banggakan cuba memindahkan hak itu kepada manusia yang sifatnya sama-sama lemah.

Lebih malang lagi apabila ada manusia sudi mengambil alih hak Allah itu.

BayangDiAir

Kolumnis