Melihat kepada ucapan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi – saya dapat membuat kesimpulan bahawa DS Zahid Hamidi telah berjaya dalam misi undercovernya dalam UMNO selama 25 tahun.
Ini hanya pendapat saya sahaja, tidak suruh orang lain percaya.
Saya pernah sebut pasal undercover ini (tak ingat dalam posting atau dalam komen) tidak lama dahulu.
Bahkan saya pernah sebut, beliau hanya menggunakan sentimen simpati terhadap DS Najib untuk meraih sokongan padu ke atas beliau untuk mengukuh cengkaman beliau ke atas UMNO – supaya langkah seterusnya lebih mudah.
Dalam ucapan di PWTC sempena konvensyen kerajaan perpaduan tersebut – tiada point apa-apa melainkan memuji DS Anwar Ibrahim dan body languagenya menunjukkan beliau sangat gembira serta bangga kerana misi undercovernya berjaya – yakni mengembalikan DS Anwar ke puncak kuasa.
Kepada adik-adik orang muda yang tidak tahu apa kaitan DS Zahid sebagai undercover DS Anwar, boleh cari the told story, baca secara 1998 hingga hari ini – bagaimana semua ‘orang kuat’ DS Anwar keluar daripada UMNO merintis dan berjuang dalam Parti Keadilan – tetapi DS Zahid tidak ikut serta.
Mungkin sikap melawan rakan-rakan yang lain tidak susai untuk dijadikan undercover, maka watak DS Zahid yang diam-diam ubi ditinggalkan untuk mengatur langkah dalam UMNO.
Misinya semakin berjaya apabila beliau menjadi Presiden UMNO, sesuatu kejayaan yang sangat gemilang kepada dunia kerjaya undercover. Jadi boss terus.
Desakan yang kuat untuk beliau meletakkan jawatan selepas berlaku keretakan dalam Muafakat Nasional – memungkinkan misi undercovernya gagal.
Mahu tidak mahu, beliau perlu mengambil langkah tegas menyingkirkan ‘lawan-lawannya’ dalam UMNO itu sendiri.
Tetapi bagaimana mahu singkirkan ‘lawan-lawannya’ dalam UMNO yang merupakan otai-otai UMNO yang boleh dikatakan figura besar dalam politik UMNO itu sendiri, jauh lebih kuat daripada beliau.
Andai beliau gagal pertahan kuasa sebagai presiden, pasti watak beliau akan tenggelam dan hilang dari kacamata UMNO – maka misi undercovernya akan turut gagal.
Pasti bossnya akan kecewa.
Mahu tidak mahu, untuk menumbangkan otai-otai UMNO yang menjadi halangan kepada misinya, beliau bijak menggunakan sentimen simpati ahli-ahli dan perwakilan UMNO ke atas DS Najib.
Akhirnya dengan aura sokongan kuat ke atas beliau melalui sentimen untuk bebaskan DS Najib – beliau berjaya menumbangkan otai-otai UMNO dan sesiapa sahaja yang boleh menjadi halangan kepada misi beliau.
Habis semua kena gantung dan kena pecat – hasil daripada kuasa solid sebagai Presiden UMNO dan MKT yang digarapnya.
Dengan itu, langkah akhirnya untuk menyempurnakan reunion dengan bossnya, cikgunya – seperti pucuk dicita ulam mendatang – titah YDPA menjadi reason kemas untuk sekali lagi meraih keredhaan ahli-ahli UMNO – untuk membawa UMNO bekerjasama dengan DS Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan.
Misi seterusnya adalah memujuk dan mengolah naratif supaya ahli-ahli UMNO menerima dan selesa dengan Pakatan Harapan, DAP dan PKR – serta menyusun bait-bait ucapan supaya orang-orang Pakatan Harapan juga faham dan menerimanya.
Tidak keterlaluan untuk saya andaikan bahawa ‘misi’ untuk pengampunan DS Najib hanyalah retorik untuk meraih sokongan ahli sahaja – dan ia akan tinggal sebagai misi yang akan tergendala – entah sampai bila.
Tulisan ini adalah pembacaan dari perspektif Dr Tanaka Mustafa sahaja.
Maafkan saya jika andaian ini tidak benar dan bercanggah dengan Untold Story yang anda telah yakini.
Apapun, tahniah DS Zahid Hamidi, the greatest camouflage ever.
Jika Untold Story ada sequel, please consider this plot.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa