Perbezaan Antara Mat Kilau Dan Untold Story

Perbezaan Antara Mat Kilau Dan Untold Story

Oh ada banyak beza, antaranya…

Mat Kilau, semua watak utama sebenar yang dilakonkan dalam cerita dia sudah mati.

Untold Story, watak utama asalnya masih berlambak lagi yang hidup tetapi ada yang sengaja tidak dimasukkan.

Mat Kilau, kisah dia, kita hanya dapat melalui cerita mulut.

Kalau ada dokumentasipun, sikit jerlah, sebab berlaku lebih seratus tahun dulu.

Dan masa itu payah nak dapat bahan secara rasmi.

Jadi kalau cerita dia salahpun, bukan siapa yang tahu sebab yang ada masa kejadian itu, semua sudah mati.

Untold Story pulak baru jer 24 tahun lepas, cerita asal dia, masih ada dalam bentuk video, tulisan, gambar asal dan macam-macam lagi.

Cerita mulut yang boleh kita dapat, jangan cakaplah.

Jadi kalau cerita itu salah diceritakan, memang sah orang boleh kesan.

Mat Kilau berjaya buat kutipan Box-Office.

Untold Story ni nampak macam bimbang, dapat kutipan seluar dalam boxer saiz XXXXL.

Mat Kilau laku sangat jualan tiketnya, tak perlu bagi tiket free, tak perlu paksa orang pergi tontonpun, semua orang nak merasainya sendiri, sanggup bayar.

Fenomena dia lain macam.

Untold Story tiketnya free, kemudian bagitahu kutipan sejuta.

Terpaksa buat kerahan, cari ramai-ramai supaya pergi menonton, tupun masih berebut, tak nak pergi.

Mat Kilau kisah perjuangan bangsa.

Untold Story kisah propaganda nak kempen pilihanraya.

Mat Kilau tak kena sabotaj oleh mana-mana pihak.

Untold Story awal-awal lagi kena sabotaj katanya, walaupun ada laporan yang kata banyak juga filem lain yang kena bagi laluan siaran kepadanya.

Yalah, kalau tak kena sabotaj, mahu melimpah ruah.

Penyokong Bersih sahaja kalau jumlahkan semua, dah berapa ratus ribu.

Tak kira lagi pejuang Reformasi.

Mat Kilau dibenci bangsa lain, macam-macam kritikan dia bagi sebab filem itu boleh satukan bangsa Melayu Islam.

Untold Strory tak nampakpun akan menyatukan Melayu Islam.

Pun begitu, tidak diketahui samada disukai bangsa lain atau tidak, tetapi tak adalah dengar lagi bangsa dia kumpul orang pergi tengok beramai-ramai tanda sokongan.

Jadi tak pasti filem ini untuk siapa. Syok sendiri kut?

Mat Kilau 60 peratus adalah kisah benar, kerana memang filem sejarah, mesti akan dimasukkan unsur-unsur tarikan lain.

Untold Story aku tak tahu berapa peratus yang betul cerita dia, sebab dah dikata untold, maknanya sebelum ini sorang dua jerlah yang tahu.

Kalau untold itu dia sorang jer yang tahu, maknanya sedap dialah kalau nak goreng pun, bukan orang tahu.

Mat Kilau, budak-budak sekolahpun tak dapat tiket free mudah-mudah sebab kualiti cerita dia.

Untold Story, yang bawah 25 tahun semua dapat free.

Yalah, masa tu dia orang tak lahir lagi dia orang apa tahu.

Atau memang terlalu kronik nak tarik orang tengok, tapi takde juga orang nak tengok.

Gila kau, filem bajet RM10 juta, kau nak bagi tiket free mudah-mudah, kalau tak ada yang sponsor?

Kata dulu parti dia parti orang miskin, bukan parti orang kaya-kaya.

Lepas tu naik helikopter ke sana ke mari, sambil sengih-sengih.

Mat Kilau ditonton oleh budak-budak main motor jer, bodoh, tak ada harapan masa depan, maka banyaklah masa nak menonton.

Untold Story, budak-budak muda yang sokong dia, budak-budak terpelajar, jadi payah nak turun tengok wayang, walaupun tiket free sebab sibuk study dah dekat nak exam ni.

Nanti kalau gagal, siapa pulak nak ganti pimpinan PH yang bodoh-bodoh dan kalah PRU tu jadi menteri kan?

Mat Kilau sudah buktikan kejayaannya dan semua orang bersetuju dengannya, filem itu sangat laku dijual kepada ORANG ramai.

Untold Story ni aku bimbang takut jadi UNSOLD Story. Tak terjual.

Yalah sejuta yang dikutip tu sebab ada yang sponsor tiket.

Kalau tak sponsor, kau ingat dapat?

Mat Kilau menghambat Inggeris kerana campurtangan dalam pentadbiran Pahang.

Untold Story jemput campurtangan asing ke Malaysia melalui Al Gore, Naib Presiden Amerika dulu.

Kalau adapun persamaan kedua-dua filem ini ialah, kedua tunjang utama filem ini, pengarah Mat Kilau dan pelakon utama Untold Story menghadapi masalah rumahtangga.

Kes tak settle lagi, isteri masing-masing minta cerai.

Fakta tambahan, watak Mat Kilau orang tahu dan dikenali sejarahnya baik, beriman, kuat beragama dan tak pernah diberitakan berjoget dengan mana-mana perempuan atau menari Tamil selepas buat kuliah maghrib atau derhaka kepada Sultan sampai ditarik gelaran, mahupun menipu penyokong beliau.

Watak yang satu lagi….. errmm.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis