1) WIDAD LANGKASUKA
Projek Mega di Langkawi – pelaburan bersama Widad Group dan Ben Zayed Group untuk membangunkan kawasan yang telah lama terbengkalai (projek lama yang menjadi gajah putih, terbiar dan tidak diurus) sejak zaman BN dan PH.
Atas permintaan pihak pelabur tersebut untuk masuk ambil alih pelaburan di situ, MB Sanusi memproses permohonan dengan kesanggupan pihak pelabur membayar RM5 juta sebagai komitmen pelaburan.
Pelaburan dianggar RM43 bilion selama 15 tahun ditandatangani.
Zaman BN dan PH terbengkalai, zaman Sanusi, restart semula dengan komitmen yang lebih baik.
Tak nampak apa lagi pun?
Ini projek mega, bukan buat tapai.
2) KEDAH RUBBER CITY (KRC)
Projek besar yang dimulakan pada zaman DS Mukhriz (BN), kemudian diteruskan oleh MB Mat Bashah (BN) dan MB Mukhriz (PH).
Kemudiannya disambung oleh MB Sanusi.
Projek ini akan membangunkan industri getah seterusnya menaiktaraf ekonomi penduduk utara Kedah.
Beberapa syarikat besar dalam bidang terkait masuk melabur dan membina kilang di sana.
Projek orang lain, MB Sanusi hanya ambil kredit?
Bukan ambil kredit. MB Sanusi sambung projek yang baik dan tidak mengamalkan budaya srcape-off seperti geng Untold Story.
3) KILANG PORSCHE
Pelaburan Porsche ini juga hasil usaha MB Mukhriz.
Tetapi secara rasminya masuk melabur dan membina kilang pada zaman MB Sanusi.
Kalau jenis MB scrape-off, tentu MB Sanusi cancel sebab itu projek Mukhriz.
Malahan pelabur Porsche juga tidak menarik balik pelaburannya walau bertukar MB kepada Sanusi.
Malahan meyakini pentadbiran MB Sanusi untuk meneruskan pelaburan.
4) LITAR LUMBA SUNGAI PETANI
Projek orang lagi.
Projek zaman MB Mukhriz juga.
Tetapi tidak cukup dana, sebab berangan nak buat litar lumba bersaiz international.
Bila dana tak cukup, projek tak jalan.
Pengambilan tanah sudah dibuat dengan kos.
Jika tidak diteruskan, akan tergendala begitu sahaja.
MB Sanusi ambil alih kerajaan, terus decide untuk kecilkan saiz litar lumba kepada acara sport bersaiz tempatan.
Model asal diubah sedikit supata litar lumba bukan sekadar litar perlumbaan, tetapi membuka ruang bisnes dan cara permotoran yang lain di kawasan sekitar litar.
Ya, projek orang.
Benda baik, cari jalan untuk realisasikan.
Kalau MB nak scrape-off pun boleh.
Ambil tanah tu, buat projek lain, tentu saja ada pelabur sektor lain mahu tapak tersebut.
MB tidak scrape-off. Tak siap lagi? Ya, memang belum siap sebab tengah buat.
5) NORTHERN CORRIDOR HIGHWAY (NCH) FASA 1
Lebuh raya yang akan menghubungkan zon-zon industri di Kedah antara Kulim Hi-Tech, Desa Aman, Kedah Aerotropolis dan Sungai Petani.
NCH akan menjadi tulang belakang pengangkutan untuk pembangunan ekonomi Kedah di kawasan terlibat, dan ia perlu dirancang dengan baik supaya kepesatan kegiatan ekonomi tidak mengakibatkan kesesakan lalulintas yang memenatkan.
6) ZON EKONOMI BEBAS KHAS (SBEZ)
Ini juga projek zaman sebelum MB Sanusi.
MB Sanusi teruskan dengan memudahkan urusan serta mengurangkan birokrasi yang melambatkan proses.
7) PUSAT BEKALAN GAS & LOJI JANA KUASA
Projek Mega di Pulau Bunting, Yan Kedah ini boleh dikatakan projek ‘reinkarnasi’ daripada cadangan projek ZIPY dan SULIHH terdahulu yang tergendala atas pelbagai faktor dan halangan.
Projek ini diubah model kepada bukan sahaja tempat memproses bekalan gas, bahkan hub kapal ke kapal menjadi spesifikasi tambahan kepada model.
8 ) KILANG BATERI ENERGY VERY ENDURE (EVE)
9) KEDAH AEROTROPOLIS
Projek Mega ini adalah kombinasi antara lapangan terbang KXP, SLAM dan MRO.
Ringkasnya, bukan setakat lapangan terbang kargo – bahkan turut ada sektor baikpulih, maintenance dan overhaul kapal terbang – yang pastinya menjadikan Kedah Aeotropolis satu pusat kargo yang terbesar di rantau ini.
Projek orang?
Ya, asalnya projek KXP diusahakan MB Mukhriz.
Tapi tak ada konklusi, projek tersebut hanya berlegar dalam kertas-kertas kerja, kajian-kajian, jual beli tanah dan seumpamanya.
Belum pernah masuk mesyuarat MPFN (sebagai langkah pertama untuk projek mega seumpamanya).
MB Sanusi bertegas untuk bagi projek tersebut dimulakan.
Langkah pertama, diusahakan masuk mesyuarat MPFN.
Setelah itulah MPFN memberikan beberapa nasihat dan syarat yang perlu dipenuhi untuk membina lapangan terbang.
Oleh sebab mendapat kekangan keewangan (kerana Pusat tiada peruntukan untuk projek tersebut), MB Sanusi bersama pakar-pakar yang terlibat mengubah model kepada pelaburan swasta (PFI) untuk mendanai pengambilan tanah seterusnya memulakan pembinaan.
Sekarang ni hanya tersangkut pada PMX yang tiada maklumat jelas mengenai projek.
SEMUA PROJEK ORANG
Ya, hampir semua projek zaman pentadbiran sebelumnya – tetapi MB Sanusi mempunyai tekad dan pemikiran yang waras untuk meneruskan projek-projek tersebut dan ditambah baik dengan memudah-cara birokrasi, membuang amalan duit bawah meja dan mahu buat sampai jadi.
SEMUA PROJEK TAK SIAP, HANYA SEMBANG BERDEGAR-DEGAR
Sembang berdegar-degar itu sebenarnya boleh buka mata rakyat Kedah bahawa negeri Kedah boleh pergi lebih jauh ke hadapan menjadi kuasa besar ekonomi di wilayah utara.
Projek-projek mega mana ada hari ini sembang, esok terus siap.
Nak buat pengambilan tanah yang ada pelbagai prosedur, nak tunggu kajian dan kebenaran agensi-agensi kerajaan yang terkait, nak design peta, nak bina bangunan, dan sebagainya – pastilah ambil masa.
Goyang petai dalam TikTok memang tak nampak semua ini.
APA IMPAK JIKA SEMUA PROJEK INI SIAP?
Impaknya sangat besar kepada plan dan perancangan ekonomi seterusnya.
Boleh kita sebut 9 projek mega di atas adalah projek perintis dan pemula sebagai tapak untuk menjadikan The Greater Kedah sesuatu yang realiti.
Ya, 9 projek tersebut belum dapat menjadikan Kedah setanding Pulau Pinang atau Selangor dari sudut KDNK, tetapi ia adalah langkah pertama untuk Kedah berubah wajah.
The Greater Kedah bukan sahaja merangkumi projek-projek ekonomi seperti 9 projek di atas semata-mata, bahkan termasuk juga projek-projek LRA dan jajaran paip baharu, projek untuk pembangunan petani, penternak, nelayan dll, projek Cordoba of Kedah untuk upgrade rakyat Kedah menjadi umat yang berilmu dan berkemahiran tinggi, projek-projek perumahan mampu milik bagi menjadikan Kedah berdaya huni – serta hasil akhirnya menjadikan Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti.
Ini adalah gagasan besar yang kena ada pada seorang pemimpin untuk mentadbir negeri atau negara.
Gagasan besar itu menjadi visi dan misi yang menentukan halatuju pentadbiran, ada fokus, ada milestone, ada jadual yang sistematik bagi menjayakan sesuati misi dan visi – arahan yang jelas dan tidak wayang – supaya mudah difahami oleh para pegawai kerajaan yang menjadi pelaksana.
Pemimpin bukan hanya duk sembang pasal nak bagi menu rahmah, petai rahmah, simen rahmah sahaja.
Kesusahan yang dihadapi oleh rakyat hanyalah simptom yang kita nampak – akibat daripada sistem yang rosak.
Yang pemimpin utama kena rancang adalah bagaimana memulihkan sistem, automatik simptom akan selesai.
Beri menu rahmah, simen rahmah, tiket bas rahmah, baju raya rahmah…semua itu hanyalah wayang untuk mengubati simptom.
Umpama demam panas, diberinya panadol.
Lega untuk seketika kerana simptomnya diubati.
Tetapi hakikatnya penyakitnya tidak diubati.
SIAPA AKAN TERUSKAN SEMUA PROJEK TERSEBUT?
Pilihan di tangan rakyat Kedah.
Nak serah kepada mamat-mamat scrape-off, mamat Bas Madani yang melambai-lambai tangan mereka? atau kepada orang yang serius mahu bawa Kedah keluar dari kemiskinan?
Tepuk dada, tanyalah minda yang waras.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
mohon update progress terkini projek-projek di atas untuk war-warkan kepada rakyat.