Atas topi Menteri Besar, Sanusi seperti biasa menghormati seorang Perdana Menteri sebagaimana selayaknya atas semangat profesionalisme dan federalisme.
Dia mewakili rakyat Kedah menyantuni Perdana Menteri dalam apa jua keadaan dan majlis.
Sebaliknya ketika memakai topi seorang Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional, dia membawa imej tegas dan garang untuk mendepani lawan-lawan politiknya.
Para cicak kubin di Kedah saja duk bawah cerita Sanusi sebagai Loklaq, Kasaq, tak beradab dan sebagainya – padahal begitulah medan persaingan parti politik tipikal yang sedang berlaku.
Bahkan para cicak kubin pun setiap hari mengata dan mengutuk Sanusi dalam siri Live FB, TikTok dan ceramah-ceramah Madanon mereka.
Spesis macam Sanusi ni, kalau orang buat baik kepada dia, dia akan balas kebaikan berkali ganda.
Tapi jika orang duk cuba pedajal dia, dia akan lawan sampai menang.
Kalau dia start lawan, dia tidak akan lawan dengan tangan kosong.
You gonna need more resources to defeat this man.
Kalau duk main serang dengan cara maki hamun, body shaming, reka cherita bukan-bukan… dia sudah ada resistant yang tinggi terhadap semua itu.
Dia tadak nak heran.
Lawannya pula terutama spesis cicak kubin tidak ada kekuatan untuk melawan secara berdepan.
Hanya berani tembak dari jauh dalam ceramah Madanon, Live FB dan TikTok sahaja.
Dalam dewan DUN pun pakat takda idea nak kata apa.
Depa tak kira Sanusi pakai topi apa pun, depa kira Sanusi ni kasaq, loklaq, tak beradab.
Takda idea apa dah untuk PRN ini, hanya mampu jaja “Kalih Bagi Sama” sahaja.
Saya yakin PMX pun rasa begitu.
Tetapi disebabkan PMX ada ‘kumpulan penasihat’ yang sangat jaki terhadap Sanusi, PMX tiada pilihan…
Di sebalik kontroversi dengan kerajaan PMX yang belum mahu meluluskan projek Kedah Aerotropolis, team Kedah Aerotropolis terus berusaha mencari pelabur dan menandatangani MoU dengan enam syArikat terkemuka dunia dalam bidang aeroangkasa ketika pameran LIMA’23.
Syarikat-syarikat besar dunia tidak mudah-mudah nak join Kedah Aerotropolis kalau depa tak yakin dengan usaha kerjabuat team, agensi dan kerajaan negeri.
Sepatutnya PMX yang hebat, MOF yang cerdik dan MOT yang bijak akan lebih nampak perkara ini bahawa this in no play-play.
Dr. Tanaka Mustafa








