Kedah Aerotropolis: Bandar Berasaskan Penerbangan Kargo

Kedah Aerotropolis: Bandar Berasaskan Penerbangan Kargo

Sebagaimana zaman dahulu, pusat ekonomi berkait dengan pelabuhan laut atas kerancakan import-export, tempat repair kapal-kapal dan seterusnya terbangun disekitar pelabuhan itu pusat-pusat perniagaan, perumahan, perhotelan dan sebagainya.

Terbangunlah di sekitar pelabuhan itu satu bandar yang maju dari segi ekonomi dan infrastrukturnya.

Contoh yang kita dapat lihat adalah Port Klang, Port Penang dan seumpamanya.

Zaman serba canggih hari ini memerlukan kepantasan dalam apa jua bidang ekonomi.

Teknologi baharu semakin berkembang pesat, memerlukan kepantasan dalam mendistribusi barangan pembuatan, komoditi dan sebagainya.

Maka kaedah import-export secara penerbangan kargo diperlukan – dan Kedah menawarkan Kedah Aerotropolis sebagai perintis kepada ‘pelabuhan’ berkonsepkan penerbangan kargo.

Kedah Aerotropolis mempunyai tiga komponen utama, iaitu terminal kargo KXP, SLAM dan MRO.

Ketiga-tiga komponen ini akan menjadikan Kedah Aerotropolis sebagai pusat penerbangan kargo serantau yang dijangka sibuk seperti Port Klang – bukan dengan kapal laut, tetapi kapal terbang kargo.

Industri pembuatan barangan teknologi seperti semikonduktor dan panel solar serta peralatan elektronik memerlukan kepantasan dalam penghantaran – kerana kelewatan akan menyebabkan teknologi itu berkemungkinan ‘expired’ atau dipintas oleh pesaing-pesaing seluruh dunia.

Dengan adanya Kedah Aerotropolis, maka syarikat-syarikat pembuatan di kawasan industri Kulim-Sungai Petani, bahkan Seberang Perai Pulau Pinang akan mendapat manfaat kepantasan penerbangan kargo ini.

Malahan apabila Kedah Aerotropolis siap dan berjalan lancar, pelabur-pelabur dalam dan luar negara akan lebih tertarik untuk datang masuk melabur ke Kedah atas kemudahan penerbangan kargo ini.

Bahkan para pelabur akan lebih berminat membina kilang di Kedah kerana tanah yang luas dan strategik kerana berhampiran dengan Kedah Aerotropolis.

Kawasan-kawasan industri akan dibuka dengan pesat dan kerancakan ekonomi Kedah akan bermula.

Mungkin atas faktor ini, sangat membimbangkan Pulau Pinang – lalu mereka menggunakan pengaruh politik untuk mempengaruhi kerajaan Pusat supaya tidak menjayakan projek mega Kedah Aerotropolis ini.

Ya, jika ada Kedah Aerotropolis – walau lapangan terbang Pulau Pinang dibesar dan dicanggihkan sehebat mana pun, – pelabur baharu yang mahu masuk melabur – pasti akan memilih Kedah atas faktor yang telah dinyatakan.

Malahan kesesakan lalulintas di Pulau Pinang sangat merimaskan bukan sahaja para pekerja untuk ke tempat kerja, bahkan pergerakan lori-lori kontena juga terbatas – akan melambatkan proses penghantaran apa jua produk dan barangan dari pelabuhan ke airport, dari kilang ke pelabuhan, dari kilang ke airport.

Itu belum dikira kontena dari kawasan industri di seberang Perai nak pergi airport yang terpaksa melalui kesesakan jambatan pulau Pinang.

Pilihan pelabur tentunya akan ke Kedah.

Malahan industri di Seberang Perai juga mungkin akan menggunakan perkhidmatan KXP untuk import-export produk mereka.

Apabila semakin banyak industri berkembang maju, automatik infrastruktur yang efficient perlu disediakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Lebuhraya baharu, jajaran lebuhraya alternatif, bangunan-bangunan perniagaan, sektor-sektor perumahan akan bertambah, infra kesihatan dan sebagainya akan turut berkembang.

Rakyat sekitar akan mendapat manfaat dari sudut ekonomi hiliran, sewa rumah/homestay, perniagaan makanan, pakaian, dan macam-macam lagi.

Jajaran lebuhraya yang menghubungkan Kedah Aerotropolis dengan pelabuhan-pelabuhan kapal di Yan Kedah dan di Sanglang, Perlis – lebuhraya alternatif Kulim ke kawasan industri Bukit Kayu Hitam – akan menjadi katalis tambahan kepada kerancakan ekonomi seluruh Kedah.

Justeru, apa lagi kaedah untuk memacu kegemilangan Kedah jika Kedah tiada pelabuhan pesat seperti Pelabuhan Penang dan Port Klang?

Bahkan selama ini kurang lebih 40% KDNK Pulau Pinang adalah datang dari hasil export-export barangan dari Kedah.

Kedah terpaksa guna pelabuhan Pulau Pinang, tetapi keuntungan daripada import-export dikaut oleh pelabuhan Pulau Pinang.

Jadi, salahkah jika Kedah mahu urus sendiri hasil produktiviti dari negeri Kedah – melalui Kedah Aerotropolis?

Orang Kedah yang membantah Kedah Aerotropolis, mungkin disebabkan tak nampak gambaran sebenar, atau mereka telah dihasut oleh ketaksuban politik terhadap sesetengah pihak yang tidak mahu melihat Kedah maju.

Pulau Pinang dapat peruntukan besar untuk projek LRT – tak ada masalah, itu keperluan mereka.

Kedah nak minta LRT, tak padan.

Nak naik LRT dari ladang sawit ke ladang getah kah? Tak logik.

Nak Kedah ada LRT, kena bagi ada bandar-bandar besar dan pesat terlebih dahulu – yang mana Kedah Aerotropolis adalah tapak mula kerancakan itu.

Untuk merealisasikan projek sebesar ini, kena ada pemimpin yang ada halatuju misi dan visi yang jelas, ada milestones, cekap mengurus, tegas mendepani perkara yang boleh menggugat kelancaran pentadbiran, tidak berkompromi dengan anasir kleptokrasi seperti rasuah dan salahguna kuasa, mempunyai jiwa yang dekat dengan masyarakat supaya kerancakan pembangunan ekonomi tidak membuatkannya lupa diri, tiada hasad dengki dan semestinya kena bertaqwa kepada Allah.

Insya Allah, jika ada pemimpin begini, dari parti mana pun tidak apa – ia akan meneruskan halatuju membawa Kedah maju dan Sejahtera – tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kedah