Air Kelantan: Hasut Benci Kerajaan Negeri Supaya Tumbang Atau Hasut Kerajaan Pusat Supaya Bantu?

Air Kelantan: Hasut Benci Kerajaan Negeri Supaya Tumbang Atau Hasut Kerajaan Pusat Supaya Bantu?

Dalam berita ini, pihak kerajaan negeri telah jelaskan apa yang sedang kerajaan negeri buat sejak 2019 – yakni projek ganti jajaran paip lama – dijangka siap 2024 untuk fasa 4000km.

Bakinya 4500 lagi memerlukan bajet tambahan RM1.2 bilion.

Seperti yang kita sebut sebelum ini, masalah utama air di Kelantan adalah kekurangan loji rawatan air (LRA) dan jajaran paip lama.

Paip-paip lama berusia lebih 30 tahun – yang menggunakan teknologi paip besi yang pastinya berkarat dan mereput – menyebabkan kebocoran, karat dan sebagainya – menyebabkan air tidak sampai sepenuhnya kepada pengguna, dan ada yang menerima air karat.

Jumlah panjang paip adalah 8,500km dan setakat ini sudah menukar paip baharu membabitkan sepanjang 4,000km.

Ada lagi 4500 km yang belum diganti.

4500 km tu bukan sedikit, anggaran bajet diperlukan adalah RM1.2 bilion untuk baki 4500 km tersebut, dan tempoh masa untuk disiapkan pula mungkin 5-6 tahun.

Itu belum dikira kos loji-loji yang perlu dibina sebanyak 40 buah loji di seluruh Kelantan.

Selagi paip air tak siap diganti, duk marah ke AKSB pun tak guna.

AKSB bukan boleh buat apa pun selain mengatasi masalah simptom sahaja… hantar tukang paip pun, tukang paip nak buat apa?

Yang kena repair adalah sistem paip air keseluruhan – itu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.

Walhal benda ini patut dah setel sejak tahun 20 tahun dahulu lagi – namun tiada peruntukan untuk kerajaan negeri menjalankan penukaran paip lama.

Peruntukan diterima pada hujung pentadbiran DS Najib dan pada 2019 baharu projek dapat dimulakan.

Itu pun hanya untuk menukar 4000 km paip daripada keseluruhan 8500 km.

Menghasut rakyat Kelantan supaya memarahi AKSB dan kerajaan negeri pasal masalah air hanyalah satu plot usaha lawan politik PAS di Kelantan untuk meraih undi rakyat.

Taktikal supaya mudah untuk menghasut adalah menimbulkan rasa marah.

Orang sedang marah, mudah dihasut dan ditanak propaganda kebencian.

Hakikatnya jika mereka ambil alih pentadbiran pun – akan terpaksa menyiapkan penukaran jajaran paip baharu lagi 4500km.

Kurang lebih 5 tahun lagi akan ambil masa untuk siap.

Tapi belum tentu…sebab belum ada peruntukan. Tak start lagi.

Tukar kerajaan atau tidak tukar, kena tunggu projek paip siap.

Apabila orang marah pasal air, maka tugas menghasut lebih mudah.

Buktinya, tembak isu saguhati raya ALP AKSB saja.

Terus lunyai pihak AKSB kena serang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan yang cuba justify pun teruk kena bedil.

Serangan ini takkan berhenti, kerana memanfaatkan sentimen marah tersebut.

Sama macam DS Najib kena lah.

Nak bedil pasal kerja buat ekonomi, tak ada jalan.

Maka dimainkan sentimen kebencian agar rakyat menjadi marah.

Di main isu cincin Rosmah, Altantuya, beg tangan Rosmah dan sebagainya – supaya orang marah.

Lepas kemarahan menyala, mereka akan hasut sehingga rakyat tak nampak benda positif yang DS Najib sudah buat untuk rakyat dan negara.

Sama juga macam Muammar Gaddafi.

Rakyatnya tiada alasan pun untuk tumbangkan pemerintahan beliau.

Tetapi ketika orang sedang marah (Arab Spring melanda), maka hasutan akan mudah membakar sentimen dan akhirnya Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri yang disaranya, dimajukannya.

Sekarang Libya tidak sekali-kali dapat dibangunkan pun oleh para penentang Gaddafi yang menghasut rakyat sebelumnya.

Tengoklah wajah-wajah penghasut.

Mereka juga tidak akan mampu buat apa-apa pasal air Kelantan selagi perkara basic yang sangat kritikal itu tidak selesai – puncanya dendam politik lama kerajaan BN zaman dahulu kala.

Tahun 1990 sudah ada projek mega untuk naik taraf sistem air Kelantan dengan empangan dan lojinya.

Tapi kerajaan pusat waktu itu batalkan projek hanya kerana Kelantan jatuh kepada PAS – segala jentera mesin diangkut keluar – tidak meneruskan projek lagi.

Sepatutnya para penghasut itu menghasut kerajaan pusat supaya segerakan bantuan, bajet all-out, segala jentera kerajaan pusat untuk selesaikan masalah air secara once and for all.

Ini mung pergi hasut rakyat benci kerajaan negeri, jadi apa?

Pihak kerajaan negeri, PAS dan AKSB juga kena reti juga bab politik persepsi dan politik kebencian.

Bukan reti untuk balas perspsi dan kebencian, tetapi reti dalam ertikata untuk menghadapinya.

Paling utama adalah tidak membuka pintu fitnah walau apa keadaan sekalipun.

Penghasut akan cari cara nak ‘bongkar’ bagi nampak buruk walaupun tu ikut prosedur atau tidak.

Itu kerja mereka. Kerja anda pula, jangan buat benda yang boleh menimbulkan fitnah.

Kalau buat benda betul, barulah tak perlu bersusah payah pusing ayat untuk melipat.

Kebenaran itu sendiri akan beri jawapan.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis