Bukti Kerajaan PAS Terengganu Bagi Bantuan Kepada Kroni

Bukti Kerajaan PAS Terengganu Bagi Bantuan Kepada Kroni

Saya harap penyokong PAS tidak marah kepada saya.

Semalam saya menyebut tentang dakwaan UMNO yang kata PAS hanya bagi ke kroni.

Saya jawab ya, antara kroni PAS adalah ketua Pemuda UMNO Telemong (sekarang tak pasti jadi KP lagi ke tak).

Selain KP ni, AJK UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Pemuda UMNO Ajil dan banyak tempat yang lain turut dapat.

Kedua, bantuan kewangan diberi kepada Zainal Alang, orang yang sangat kuat caci PAS dan Presiden PAS.

Namun dia kini dikatakan sudah suka PAS.

Inilah yang dikata kroni, makin kuat dia caci dan serang PAS, makin banyak dapat bantuan selagi dia tak kaya.

Saya sertakan gambar di bawah.

Saya tak bercakap saja macam Mat Said dan puteri UMNO yang kata kerajaan PAS Terengganu jual tanah di Dataran Khairunissa’ pada harga RM500k.

Nak tuduh biarlah ada bukti, sebagaimana UMNO ambil tanah rakyat di setiap daerah dan jadikan ia sebagai aset parti, saya ada dokumen itu.

Tentang pembohongan tanah dataran khairunnissa’ oleh Puteri UMNO, saya jawab selepas ini.

Razak Bidin.

Kolumnis